Data Waze tunjuk penurunan pergerakan ketika PKP

Data Waze tunjuk penurunan pergerakan ketika PKP

Memang sudah boleh dijangka, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, jumlah kenderaan di atas jalan raya akan berkurang. Tetapi, pernah tertanya-tanya, berapa banyak pengurangan yang terlibat itu sebenarnya?

Menurut data yang dikumpul oleh Waze, pengguna Malaysia memandu 80% kurang kilometer ketika tempoh PKP ini berbanding dengan purata Februari lalu (berdasarkan tempoh dua minggu dari 11 hingga 25 Februari). Sebagai bandingan, pengguna Waze di peringkat global memandu 60% kurang kilometer dalam tempoh yang sama.

Berdasarkan graf di bawah, kelihatan ia memuncak pada 17 Mac (sehari sebelum PKP fasa pertama bermula) kerana ketika itu, ramai yang melakukan perjalanan balik kampung atau keluar untuk beli bekalan makanan dan keperluan lain. Pada 18 Mac, graf terus menurun dengan ketara kepada separuh daripada kebiasaan pergerakan pengguna Waze.

Hari-hari berikutnya peratusan menurun sehingga 80% sebelum kekal antara 80%-90%.Di Itali, antara negara yang terus dilanda Covid-19, peratusan pemanduan di jalan menjunam sehingga 90%.

Memainkan peranannya untuk membantu, Waze telah mengaktifkan komuniti dan rangkaian rakan kerjasama melalui Volunteer Communities, program Waze for Cities dan banyak lagi untuk menyokong usaha-usaha respon terhadap krisis ini. Waze juga mengadakan sebuah laman khas Covid-19, menggesa kerajaan seluruh dunia agar berkongsi data saringan kesihatan dan pusat edaran makanan kecemasan untuk membantu pengguna aplikasi pemetaan itu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required