Dubai perkenal permit atas talian untuk rakyat bergerak sepanjang tempoh kawalan pergerakan

Berbagai cara digunakan di seluruh dunia bagi mengawal pergerakan orang ramai bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19. Ada yang lockdown sepenuhnya, ada juga yang masih longgar membolehkan masyarakat bergerak dengan alasan tertentu.

Di Dubai, kawalan pergerakan yang dibuat adalah hampir sama dengan Malaysia – keluar rumah hanya untuk mendapatkan rawatan di hospital dan kecemasan, manakala urusan untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan, hanya seorang atau ketua keluarga yang dibenarkan. Untuk pekerjaan pula, hanya sektor-sektor tertentu sahaja dibolehkan untuk beroperasi.

Namun apa yang menarik, kerajaan Dubai memperkenalkan sistem permit yang boleh dimohon menggunakan sistem atas talian jika anda perlu keluar dari rumah untuk tujuan-tujuan yang disebutkan tadi, termasuk jika mahu ke pasaraya untuk membeli barang.

Menerusi sistem tersebut, permohonan hanya perlu dibuat menerusi telefon pintar, dan pemohon perlu menyatakan pasaraya mana yang mereka mahu pergi, anggaran masa yang diperlukan untuk keluar bagi menyelesaikan pembelian berkenaan, serta cara untuk bergerak – sama ada hanya berjalan kaki, menunggang basikal atau memandu kereta.

Bagaimana cara pihak berkuasa mengesan mereka yang keluar tanpa permit yang sah ini? Selain dari pemeriksaan manual yang dijalankan oleh pihak polis, mereka yang ingkar arahan ini juga dapat dikesan dengan menggunakan radar yang dipasang di seluruh bandar. Resit-resit urusan juga perlu sentiasa dengan pemohon bagi memudahkan urusan jika berhadapan dengan pihak berkuasa.

Menurut wartawan Bloomberg, Sylvia Westall yang kini berada di Dubai dalam satu hantaran video Bloomberg Quicktake, permit tersebut amat mudah untuk di mohon dan kelulusan hanya mengambil masa sekitar lima minit. Jika anda ditangkap keluar dari rumah tanpa permit berkenaan, anda boleh didenda dengan kompaun sekitar US$600 (RM2.6k).

Wartawan tersebut turut menyatakan bahawa sebelum ini ada seorang pemohon yang memohon permit untuk keluar ke rumah isteri keduanya, namun permohonan tersebut tidak diluluskan pihak berkuasa – ia diceritakan sendiri oleh pemohon berkenaan dalam satu siaran radio tempatan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required