Proton mula edar pelindung muka kepada petugas kesihatan barisan hadapan untuk perangi Covid-19

Proton mula edar pelindung muka kepada petugas kesihatan barisan hadapan untuk perangi Covid-19

Lanjutan dari pengumuman Proton untuk menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan petugas kesihatan barisan hadapan negara yang sedang berperang dengan wabak Covid-19, hari ini jenama automotif nasional berkenaan mengumumkan bahawa 8,000 unit Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) itu telah pun mula dihantar ke hospital- hospital di Kelantan.

Pelindung muka berkenaan dihasilkan sepenuhnya oleh Proton di fasiliti mereka di Shah Alam. Proses bermula dengan membuat rekaan dan menguji prototaip serta mendapatkan maklum balas daripada pengguna untuk memastikan produk akhir memenuhi keperluan ditetapkan. Pada masa yang sama, pasukan projek perlu mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk menghasilkan peralatan tersebut secara selamat dan cekap bagi memenuhi protokol kesihatan Covid-19.

Seramai 50 orang kakitangan bekerjasama memasang peralatan tersebut dengan mengukur dan memotong pelbagai komponen yang diperlukan sebelum memasang produk akhir. Dianggarkan 3,000 unit mampu dihasilkan dalam sehari, dan Proton menjangkakan aktiviti ini akan mengambil masa kira-kira 20 hari untuk menghasilkan 60,000 unit pelindung muka seperti yang diumumkan sebelum ini.

Proton mula edar pelindung muka kepada petugas kesihatan barisan hadapan untuk perangi Covid-19

Selain itu, Proton turut mendapat kerjasama dari rakan kongsi dan komuniti pembekalnya yang ingin terlibat sama dalam usaha ini – salah satunya adalah Pos Logistics Sdn Bhd yang membantu dengan menyumbang lebih daripada 2,000 kotak besar yang digunakan untuk membungkus pelindung muka tersebut dan menyerahkannya ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Pembekal komponen automotif, HICOM-Teck See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd juga antara pembekal lain yang menyokong inisiatif ini. Mereka telah menyumbang sebanyak 1500kg polipropilena, salah satu komponen utama bagi bampar sebuah kereta, yang digunakan untuk menghasilkan bingkai pelindung muka berkenaan.

Reka bentuk asal pelindung muka ini adalah sumbangan dari Universiti Teknologi MARA (UITM). Kemudian, pereka di Proton Design membina bingkai peralatan ini berdasarkan maklum balas dari pengguna dan turut menambah slogan “STAY STRONG! We will get through this!

“Proton sangat berbesar hati menerima maklum balas dari pelbagai pihak bagi projek pelindung muka ini. Bilangan kakitangan yang secara sukarela ingin membantu juga memberangsangkan, walaupun mereka terpaksa mengambil risiko meninggalkan rumah mereka dan datang bekerja. Berikutan itu, kami telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan semua pekerja berada di dalam keadaan yang selamat dengan menyediakan PPE serta menetapkan jarak minimum antara satu sama lain.

“Pada masa yang sama, Syarikat juga telah berkomunikasi dengan komuniti pembekal untuk mendapatkan penglibatan mereka dan sambutan yang diberikan begitu menggalakkan. Sektor automotif Malaysia mempunyai keupayaan untuk menyumbang kepada negara demi membendung pandemik Covid-19 dan semoga kita semua mampu melawan penularan virus ini dan membantu memutuskan rantaian jangkitan,” kata Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required