TC Euro Cars sambung tempoh penangguhan servis dan waranti untuk kenderaan Renault di Malaysia

TC Euro Cars sambung tempoh penangguhan servis dan waranti untuk kenderaan Renault di Malaysia

Pengedar dan pengimport kenderaan Renault di Malaysia iaitu TC Euro Cars (TCEC) telah membuat keputusan untuk menyambung lagi tempoh waranti bagi pemilik kenderaan yang warantinya tamat waktu tempoh kawalan pergerakan (PKP) ini, sehingga 28 Mei 2020.

Sementara itu, bagi pemilik yang sepatutnya menghantar kenderaan untuk servis berkala antara 18 Mac hingga 28 April pula diberikan waktu tambahan untuk menghantar kenderaan sehingga 28 Mei. Ini adalah antara langkah yang diambil untuk membantu pemilik sepanjang tempoh PKP ini, di mana semua pusat servis Renault ditutup sejak 18 Mac.

Bagi mengatasi kesesakan selepas tamat tempoh PKP, TCEC akan memanjangkan tempoh operasi pusat servis di Petaling Jaya, iaitu dari jam 7.30 pagi hingga 9 malam pada hari biasa, 8.30 pagi hingga 7 malam pada hari Sabtu dan 10 pagi hingga 7 malam pada hari Ahad.

TC Euro Cars sambung tempoh penangguhan servis dan waranti untuk kenderaan Renault di Malaysia

Bagi pusat servis berdaftar Renault yang lain, operasi akan dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 8 malam pada hari biasa dan 8.30 pagi hingga 5 petang pada hari Sabtu. Ini bagaimanapun bergantung kepada lokasi dan jadual lengkapnya boleh dilihat di sini.

Selain daripada itu, TCEC juga akan menawarkan khidmat concierge kepada pelanggan lain secara percuma – sebelum ini ia cuma disediakan untuk pengguna khidmat langganan kenderaan. Melalui khidmat ini, kenderaan yang mahu diservis akan diambil dan dihantar semula oleh TCEC dan pelanggan boleh membuat tempahan di Renault E-Store atau menghubungi 1800-18-8663.

Satu lagi kempen yang diadakan oleh TCEC untuk tempoh PKP ini dipanggil “Renault Relax”. Melaluinya, pelanggan boleh menikmati penjimatan tambahan bagi alat ganti utama termasuk tayar dan bateri.

TC Euro Cars sambung tempoh penangguhan servis dan waranti untuk kenderaan Renault di Malaysia

Promosi tayar disediakan untuk pemilik Captur dan Fluence. Bermula dari 15 April hingga 15 Mei ini, mereka boleh membayar deposit RM100 terlebih dahulu untuk menempah tayar Continental ContiEcoContact 5 205/55R17 pada harga RM345 sebiji (jimat 25%) dan kemudiannya membayar jumlah selebihnya serta mendapatkan tayar tersebut antara 15 Mei hingga 31 Ogos.

Untuk promosi bateri pula, TCEC menawarkan diskaun 10% bagi bateri Atlas BX yang dibeli sehingga 30 Jun 2020. Sepanjang PKP, pasukan Rencare akan terus memberikan sokongan kepada pelanggan yang memerlukan bantuan kecemasan dan mereka boleh dihubungi di 1800-88-8663.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required