Nissan Ariya produksi terdedah dalam lukisan paten

Nissan Ariya produksi terdedah dalam lukisan paten

Semasa Tokyo Motor Show tahun lepas, Nissan telah menunjukkan buat kali pertama model SUV elektrik Ariya Concept. Pada waktu itu juga ia dikatakan sudah hampir sedia untuk produksi dan nampaknya bentuk versi produksi itu sudah boleh dilihat, melalui paten yang didaftar di Argentina dan tersebar melalui profail Instagram @cars_secrets.

Bentuk asas kesemua bahagian kenderaan yang dilihat dalam gambar paten ini dilihat sama dengan model konsep tersebut, termasuklah lampu, gril, bampar, hud dan lain-lain. Yang nampak berbeza cuma beberapa perincian kecil untuk menjadikannya sesuai dengan pasaran.

Kalau dilihat secara terperinci, pada jalur menegak yang terletak di penjuru bampar, bahagian bawahnya mempunyai lampu kecil sementara kemasan tengah pada bahagian bawah bampar juga berlainan dengan yang di dalam lukisan mempunyai garis-garis menegak.

Soket pengecas kenderaan ini masih lagi diletakkan di fender kiri tetapi pembuka pintunya kini sudah kelihatan seperti kereta biasa Nissan, berbanding bentuk seperti milik Volkswagen pada model konsep. Bampar belakang kini sudah mempunyai beberapa tanda untuk pemasangan aksesori seperti pemantul cahaya, pengesan undur dan penutup untuk cangkuk penunda.

Bahagian dalam tidak ditunjuk, tapi kita boleh menjangka rekaan minimalis seperti model konsep, sementara enjin pula mungkin hadir dalam versi satu motor dan dua motor. Versi dua motor elektrik akan memberikan pacuan semua roda, bersama sistem pembahagi tork. Tetapan sama yang digunakan pada Leaf mampu memberikan kuasa 304 hp dan 680 Nm tork.

GALERI: Nissan Ariya Concept di TMS 2019

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required