JPJ buka semula beberapa kaunter transaksi hari ini, bakal beroperasi tujuh hari seminggu mulai 15 Mei

JPJ buka semula beberapa kaunter transaksi hari ini, bakal beroperasi tujuh hari seminggu mulai 15 Mei

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mengumumkan mulai hari ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka semula transaksi di kaunter secara berperingkat selepas ditutup sejak 20 Mac lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kaunter JPJ di seluruh negara yang kembali memulakan transaksi melibatkan tiga urusan seperti cetakan Vehicle Ownership Certificate (VOC) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kali pertama bagi tukar hak milik dan pendaftaran baharu. Selain itu, ia turut melibatkan urusan bagi pengesahan biometrik pemunya baharu (pembeli) bagi urusan tukar hak milik secara sukarela (kenderaan persendirian) dan permohonan permit memandu antarabangsa.

“Malah bagi membolehkan urus niaga tertunggak diselesaikan secepat mungkin serta mengelakkan kesesakan pelanggan, kaunter JPJ juga akan beroperasi selama tujuh hari seminggu mulai 15 Mei ini. Ia melibatkan kaunter JPJ di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu yang akan dibuka tujuh hari seminggu bermula 15 Mei ini, manakala negeri-negeri lain adalah pada 16 Mei. Kecuali pada hari cuti am yang telah diisytiharkan oleh kerajaan.

Klik untuk besarkan

“Bagi waktu operasi untuk hari Sabtu dan Ahad/Jumaat adalah dari 8 pagi hingga 1 tengah hari dengan kutipan hasil hanya melalui transaksi ‘e-payment’. Walau bagaimana pun, operasi tujuh hari seminggu ini akan berterusan sehingga arahan pemberhentian dikeluarkan. Orang ramai juga dinasihatkan agar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuklah menjaga penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut serta menjaga kebersihan diri,” ujarnya lagi.

Wee berkata pembukaan kaunter JPJ adalah selari dengan keputusan kerajaan untuk membuka semula sektor ekonomi menerusi pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat (PKPB).

Pada 29 April lalu, JPJ telah membuka semula kaunter urusniaga bagi kenderaan perkhidmatan awam, barangan dan pelancongan, tetapi tidak melibatkan urusan bagi kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing. Manakala pada 4 Mei lalu, Pos Malaysia turut mengumumkan pembukaan semula kaunter JPJ di premisnya bagi urusan pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required