Lebuhraya Pan Borneo di Sabah lewat dilaksana kerana pertukaran kerajaan, baru siap 21.2% – menteri

Lebuhraya Pan Borneo di Sabah lewat dilaksana kerana pertukaran kerajaan, baru siap 21.2% – menteri

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri mengesahkan, pertukaran kerajaan pada 2018 telah menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Menurutnya lagi, pertukaran kerajaan berkenaan telah menyebabkan penyelia pelaksana projek telah beralih tangan, kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah secara total.

“Untuk fasa 1 yang melibatkan 11 pakej iaitu sejauh 706 kilometer bermula dari Sindumin-Kota Kinabalu- Batu 32 Sandakan-Tawau dan juga jalan pesisir pantai dari Tuaran ke Kudat, yang kini sepatutnya 32% siap.

“Namun disebabkan masalah berkenaan, kini terdapat kelewatan dan projek berkenaan, hanya mencapai 21.2%,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Lebuhraya Pan Borneo di Sabah lewat dilaksana kerana pertukaran kerajaan, baru siap 21.2% – menteri

Abdul Rahim turut berkata, Lebuhraya Pan Borneo yang telah dirancang adalah sejauh 1,236 kilometer, dan ia sudah semestinya menjadi nadi penting penggerak ekonomi negeri Sabah.

Sehubungan itu Abdul Rahim berharap, kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, dapat melakukan sesuatu untuk menyegerakan pelaksanaannya projek berkenaan.

“Beliau berpengalaman dalam mengendalikan projek ini semasa beliau menjadi Menteri Kerja Raya semasa pemerintahan Barisan Nasional dahulu. Rakyat Sabah amat berharap menteri dari Malaysia Timur ini, dapat mengambil tindakan segera, untuk mengembalikan projek ini kembali berada di landasan yang betul, dan dapat menyegerakan pelaksanaannya,” katanya.

Pada Januari lalu, bekas Menteri Kerja Raya dari kerajaan Pakatan Harapan, Baru Bian, berkata, pelaksanaan projek lebuhraya bagi Sabah itu biar pun baru mencapai 22% (pada ketika itu), namun beberapa pakej pembinaan projek itu sebenarnya mencatat peratus siap yang tinggi dan mendahului jadual.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required