Untuk tahun 2020, MPV Kia Grand Carnival hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja, dan bukan lagi dalam dua varian SX dan KX seperti sebelum ini. Bagaimanapun, versi facelift yang dapat dilihat sekarang bukanlah baru; ia versi terakhir yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dua tahun lalu. Jadi apa yang berbeza?

Selain hadir dalam varian tunggal, Kia Grand Carnival 2020 ini juga dilengkapi dengan 11-tempat duduk, berbanding hanya lapan sebelum ini. Memandangkan saiz badannya sama sahaja, betul ke boleh muat 11 orang di dalamnya? Itulah yang ingin kami tunjukkan dalam video ini.

Dari segi penawaran harga, MPV ini kini dijual pada harga di antara varian SX dan KX terdahulu; ia kini dijual pada harga RM179,888. Kebanyakan bahagian lain pula masih tidak berubah seperti versi sebelum ini.

Misalnya enjin diesel R 2.2L CRDi 2,199 cc yang dipadankan bersama transmisi automatik lapan-kelajuan, menghasilkan kuasa 200 PS pada 3,800 rpm dan 440 Nm tork pada rpm antara 1,750 hingga 2,750 rpm. Dengan 11-tempat duduk ini, bagaimana pula dengan keselesaan ruang kabin? Masih muat untuk bawa barangan seisi keluarga?

Semua pertanyaan berkenaan kami gariskan di dalam video yang disediakan ini. Tonton untuk tahu lebih lanjut sama ada MPV ini betul-betul boleh memuatkan 11 orang dalam satu masa, dan adakan ia satu pilihan yang berbaloi yang ada dalam pasaran ketika ini.