Volkswagen Nivus 2021 – ‘SUV coupe’ kompak dijual di Brazil Jun ini, akan tiba di Eropah pada tahun depan

Volkswagen Nivus 2021 – ‘SUV coupe’ kompak dijual di Brazil Jun ini, akan tiba di Eropah pada tahun depan

Volkswagen Nivus 2021 telah pun diperkenalkan dan akan mula dijual di Brazil pada penghujung bulan hadapan. Manakala giliran Argentina pula pada penghujung 2020. Direka dan diperbuat di Brazil. ‘SUV coupe’ kompak ini juga akan diperbuat dan dijual di Eropah pada separuh pertama 2021.

Nivus turut dibangunkan dengan platform MQB 40 ciptaan Volkswagen sendiri, seperti mana beberapa produk di bawah kumpulan yang sama termasuk model semasa Polo dan T-Cross, SUV junior VW. Nivus berukuran 4,266 mm panjang, 1,757 mm lebar dan 1,493 tinggi dengan jarak roda 2,566 mm.

Jarak rodanya mirip dengan model hatchback Polo generasi ke-enam yang pertama kali diperkenalkan pada 2017. Walau bagaimana pun, Nivus lebih panjang berbanding Polo (4,057 mm) dan T-Cross (4,199 mm) dan juga memiliki ruang but yang lebih besar iaitu sekitar 415 liter (lebih 115L berbanding Polo dan lebih 42L berbanding T-Cross).

Volkswagen Nivus 2021 – ‘SUV coupe’ kompak dijual di Brazil Jun ini, akan tiba di Eropah pada tahun depan

Perbezaan paling utama di antara Nivus dan T-Cross ialah menampilkan garisan bumbung baharu, di mana ia lebih melunjur ke bawah dari pintu belakang. Manakala T-Cross pula lebih berbentuk SUV konvensional bersaiz kecil.

Papan pemukanya pula besar mirip T-Cross tetapi terdapat sedikit perubahan pada bentuk corong penyaman udara sisi dan konsol tengah. Logo VW juga yang terkini. Sentuhan model jelas kelihatan pada dua skrin 10-inci pada kokpit – satu untuk panel instrumen Paparan Info Aktif dan satu lagi merupakan sistem infotainmen VW Play baharu.

VW Play dibangunkan di Brazil dan merupakan skrin sesentuh dengan “butang maya” dan anti-calar. Ia turut dilengkapi dengan penstriman dan aplikasi, bersama memori 10GB. Ia juga boleh disambung dengan telefon pintar Android dan Apple dan menurut Volkswagen, ia merupakan kereta pertama di Brazil yang didatangkan dengan wireless mirroring.

Volkswagen Nivus 2021 – ‘SUV coupe’ kompak dijual di Brazil Jun ini, akan tiba di Eropah pada tahun depan

Turut dilengkapi dengan kawalan kelajuan adaptif, brek kecemasan sendiri, lampu utama dan lampu nyalaan siang LED, Sistem Kepekaan Pemandu, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, kamera undur dan aloi 17-inci. Sistem pengunci juga boleh dibuka menerusi butang maya dalam VW Play.

Di bawah hudnya, ia dijanakan oleh enjin 1.0 liter TSI, atau dijenamakan sebagai 200 TSI di Brazil. Famili EA211 ini juga merupakan enjin pengecas turbo tiga-silinder dengan kuasa 128 hp dan tork 200 Nm, serta dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan. Pacuannya disalurkan ke roda hadapan, walau bagaimana pun, ia tidak disertakan dengan 4Motion.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required