JPJ kutip RM8.5b dari hasil bukan cukai pada tahun 2018 dan 2019, 59% dari perkhidmatan kaunter fizikal

JPJ kutip RM8.5b dari hasil bukan cukai pada tahun 2018 dan 2019, 59% dari perkhidmatan kaunter fizikal

Dalam Persidangan Dewan Rakyat semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengutip sejumlah RM8.5 bilion melalui sumber hasil bukan cukai pada tahun 2019 dan 2018.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak RM4,317,189,192.16 merupakan hasil kutipan pada tahun lepas manakala RM4,233,171,543.31 pada 2018, laporan Bernama.

“Hasil kutipan bagi kedua-dua tahun berkenaan melalui saluran di kaunter fizikal JPJ adalah sebanyak RM5,028,984,496.37 bersamaan 58.82% dan pada masa ini perkhidmatan kaunter fizikal JPJ melibatkan 15 JPJ negeri, 65 cawangan JPJ dan 19 JPJ UTC (Pusat Transformasi Bandar),” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat.

JPJ kutip RM8.5b dari hasil bukan cukai pada tahun 2018 dan 2019, 59% dari perkhidmatan kaunter fizikal

Beliau menjawab soalan Anthony Loke Siew Fook (PH-Seremban) yang ingin tahu jumlah hasil cukai dan hasil bukan cukai yang dipungut JPJ pada 2018 dan 2019 serta jumlah hasil yang dipungut melalui kaunter fizikal JPJ, saluran dalam talian MySikap JPJ dan saluran dalam talian syarikat swasta.

Tambah Wee lagi, kesemua jumlah berkenaan dikutip daripada hasil bukan cukai sahaja seperti pembayaran fi perkhidmatan pengeluaran lesen memandu, fi perkhidmatan urus niaga pendaftaran baharu kenderaan motor, fi dikenakan ke atas pembaharuan lesen kenderaan motor dan bayaran saman.

“Dalam tempoh sama, sejumlah RM329,359,953.44 bersamaan 3.8% dikutip menerusi saluran MySikap JPJ dan sejumlah RM3,192,016,285.17 bersamaan 37.33% dikutip menerusi saluran online oleh pihak syarikat swasta,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required