Mesti ramai antara kita yang sudah terbiasa dengan hal-hal yang namanya “norma baru” kan? Ini termasuklah ketika anda berkunjung ke pusat servis kenderaan; banyak perkara yang perlu dipatuhi dan dilakukan, waima sekadar untuk menghantar kenderaan untuk servis rutin. Tapi, itu semua untuk kebaikan kita juga.
Begitu juga dengan Perodua. Sejak memulakan semula operasi pada Mei lalu selepas PKP, set prosedur operasi standard (SOP) semuanya telah mengambil tempat. Dan, bagi memudahkan lagi pelanggan, kini Perodua keluarkan pula video khas untuk menerangkan tentang hal yang sama. Ini perlu diambil perhatian oleh semua pelanggan.
Pertama, semua urusan perlulah melalui temu janji sahaja, dan elakkan daripada datang terus ke pusat servis jika itu yang anda lakukan sebelum ini. Tempahan boleh dibuat melalui panggilan telefon atau aplikasi UFirst.
Pada hari yang ditetapkan, datang seorang diri sahaja dan gunakan pelitup muka. Daftar seperti biasa menggunakan kod QR, semak suhu badan/gunakan cecair pembasmi kuman dan ikut jarak sosial yang telah ditandakan.
Perodua juga telah menutup operasi kafeteria dan kawasan mainan kanak-kanak, serta menggunakan produk membasmi kuman dengan piawai hospital untuk membersih permukaan dengan kerap. Kereta anda akan disanitasi sebelum servis dimulakan, dan sekali lagi sebelum kunci diserahkan semula kepada anda. Bayaran pula semuanya dengan kaedah tanpa tunai. Tonton video ini untuk maklumat lanjut.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
Tidak boleh datang berdua ke?