GALERI: BMW X7 xDrive40i G07 Design Pure Excellence — model SUV flagship besar, dari RM862k

GALERI: BMW X7 xDrive40i G07 Design Pure Excellence — model SUV <em>flagship</em> besar, dari RM862k

Untuk pasaran Malaysia, BMW X7 dilancarkan pada Julai 2019, dan didatangkan dalam varian BMW X7 xDrive40i Design Pure Excellence. Dengan kapasiti tujuh-tempat duduk, model pertama X7 ini lebih besar berbanding X5 sedia ada walau pun menggunakan platform yang sama. X7 disasarkan untuk bersaing dengan model yang setara dengannya termasuk Mercedes-Benz GLS, Lexus LX dan Range Rover.

Dengan jarak kelegaan tanah dan bahagian belakang yang lebih tinggi, X7 xDrive40i yang berukur lima meter ini hadir dengan kelebaran yang bersaiz 2,000 mm, dan jarak roda berukuran 3,105 mm. Jarak kelegaan tanah mencecah 1,805 mm, iaitu 60 mm lebih tinggi berbanding BMW X5. Ia juga lebih besar berbanding Mercedes-Benz GLS.

Bahagian hadapan X7 ini ditampilkan dengan gril kidney dengan BMW Laserlight berbentuk langsing yang mampu mencahayakan laluan di hadapan sejauh 600 meter, dan pada masa yang sama menzahirkan kontras yang dapat dilihat dengan jelas. Ditawarkan sebagai standard, lampu kabus LED serta sistem bantuan lampu puncak juga melengkapi SUV ini. Bahagian bawah apron yang terletak di muncung kenderaan ini memiliki elemen trim yang mengunjur merentasi kelebaran jentera tersebut dan ia ditampilkan dengan bingkai komponen salur masuk udara.

GALERI: BMW X7 xDrive40i G07 Design Pure Excellence — model SUV <em>flagship</em> besar, dari RM862k

X7 xDrive40i ini dipadankan dengan enjin 3.0 liter petrol pengecas turbo enam-silinder sebaris yang boleh menghamburkan kuasa sehingga 340 PS dan tork 420 Nm dari 1,500 hingga 5,200 rpm. Penjana kuasa ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda. Ia membolehkan SUV ini dipecut dari 0-100 km/j dalam hanya 6.1 saat serta mampu mencapai kelajuan maksimum 245 km/j.

Diberikan tujuh warna pilihan iaitu Mineral White, Black Sapphire, Artic Grey atau Sophisto Grey, Phytonic Blue, Terra Brown dan Vermont Bronze, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence ditawarkan pada harga anggaran RM888,800 (atas jalan, tanpa insurans) ketika pelancarannya. Senarai harga terkini BMW Malaysia sehingga 31 Disember 2020 boleh dicapai di sini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required