Proton X50 2020 ditunjukkan dalam video Merdeka

Proton telah pun menayangkan kelibat SUV crossover X50 menerusi video Merdeka 2020, dengan mempamerkan model berwarna biru yang ditampilkan bersama barisan model sedia ada. Ternyata, Proton semakin bersedia untuk melancarkan X50 yang ditunggu-tunggu selepas ketibaan abangnya, X70.

Menerusi paparan video berkenaan, kelihatan bahagian profil sisi, dua corong ekzos, lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang dan juga logo Proton bagi X50. Malah, jika diperhatikan dengan lebih teliti, keliharan serlahan merah pada gril hadapan dan kaliper breknya. Manakala rodanya pula berukuran 18-inci seperti mana yang turut ditampilkan pada model Geely Bin Yue/Coolray di lain-lain pasaran.

Proton X50 2020 ditunjukkan dalam video Merdeka

Malahan video ini turut mengesahkan pasaran kita akan bakal menerima versi “Sport” bagi crossover ini (yang ditampilkan dengan dua wajah berbeza di China, dengan imej yang lebih agresif), apabila ia dirakam daripada bahagian hadapan. Menariknya, kereta yang ditampilkan pada video ini hadir dengan warna bumbung yang sama dengan badannya, bukannya hitam, dengan imej bumbung ala terapung bersama c-pillar yang gelap.

Tiada perincian lebih spesifik dikeluarkan setakat ini, namun Proton X50 difahamkan menerima gandingan enjin 1.5 liter suntikan terus pengecas turbo tiga-silinder petrol dengan hamburan kuasa 177 hp dan tork 255 Nm, bersama transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan seperti yang ditawarkan di pasaran China dan Filipina. Geely mendakwa pecutan dari 0-100 km/j yang boleh dicapai oleh crossover ini lebih kurang 7.9 saat.

Dibangunkan dengan platform modular BMA, X50 dijangka turut ditawarkan dengan ciri keselamatan yang mendahului kelasnya. Termasuk enam beg udara dan kawalan kestabilan elektronik secara standard, manakala varian yang lebih tinggi pula mungkin diberikan brek kecemasan sendiri (AEB) dan kawalan kelajuan adaptif (ACC) serta bantuan kekal lorong, mengatasi model Proton yang lain termasuk X70.

Kini, Proton sedang menguji X50 secara lebih aktif, dan mungkin juga pelancarannya bakal berlangsung pada bulan hadapan atau pun lagi tempoh dua bulan, seperti mana yang rencanakan mengikut jadualnya pada suku keempat yang diumumkan sebelum ini. Apa pun, untuk perincian penuh, kena nantikan perkembangan selanjutnya. Selamat Hari Merdeka!

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required