SPYSHOT: Proton Iriz crossover dan Persona facelift 2021 dikesan sedang diuji – guna kotak gear 4AT?

SPYSHOT: Proton Iriz crossover dan Persona facelift 2021 dikesan sedang diuji – guna kotak gear 4AT?

Teaser untuk Proton X50 sudahpun disiarkan pada minggu lalu, menandakan model berkenaan bakal dilancarkan tidak lama lagi – yang memendam perasaan melihat model tersebut diuji ke sana ke sini oleh Proton mungkin boleh bertenang sikit. Tapi, nampaknya Proton ada lagi projek baharu – mereka nampaknya kini menguji pula Persona facelift dan juga Iriz dalam versi crossover!

Berdasarkan sekeping gambar yang kami terima dari pembaca, Anis Farhan ini, Persona berkenaan mengena pelekat penyamaran yang sangat ‘berat’ pada bahagian muka, menandakan ia mungkin bakal menerima perubahan muka yang sangat ketara berbanding model sedia ada.

Apa yang dapat diperhatikan, Persona facelift berkenaan dipadankan dengan gril signatur infinite weave Proton dengan jalur krom pada bahagian bawah, masih menerima lampu nyalaan siang LED melintang dan ia tampil dengan rim yang berbeza.

Bagi kembar hatchbacknya, Proton Iriz pula, ia nampaknya bukan sahaja akan menerima perubahan pada muka, malah ia nampaknya bakal ditawarkan dalam versi crossover seperti model konsep Iriz Active yang didedahkan pada 2014. Setelah model ini dilancarkan kelak, nampaknya barisan model SUV Proton akan bertambah satu lagi – jika bajet anda kurang untuk X50, Iriz crossover ini boleh dijadikan alternatif.

Model konsep Proton Iriz Active yang muncul pada 2014

Unit prototaip Iriz crossover tersebut tampil dengan ciri seperti Iriz Active dengan perincian seperti rel bumbung, kemasan pelindung pada setiap ruang roda dan juga jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi. Ia juga nampaknya bakal menerima rim dengan rekaan baharu.

Iriz dan Persona telah pun menerima kemaskini terbaharu pada tahun lalu, menampilkan pelbagai perincian yang lebih diperhalusi bagi memberikan tahap keselesaan dan NVH yang lebih baik dari sebelumnya.

Jadi, boleh dijangka ia masih akan dijana oleh enjin 1.6L VVT berkuasa 107 hp dengan tork maksima 150 Nm, namun tidak mustahil kotak gear CVT untuk versi automatik akan ditukar kepada transmisi 4AT konvensional seperti yang diterima pada Saga bagi memberikan respon pemanduan yang lebih baik.

Boleh dijangka, kedua-dua model ini mungkin akan dilancarkan dalam pasaran pada tahun 2021. Jadi bagaimana? Ada yang dah mula teruja dengan kemunculan model-model kemaskini Proton ini?

GALERI: Model konsep Proton Iriz Active 2014

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Kalau proton perkenalkan gearbox baru 4AT kepada iriz 1.3 dan 1.6 dan persona baru, In Shaa Allah, pasti lebih ramai dapat sambutan.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Yoshiki X on Sep 05, 2020 at 10:27 am

    OMG. Kenapa tukar balik 4AT sampah macam Maibi??? CVT Iriz/Persona 2019 sekarang sangat baik selepas semua improvement yg di buat. Droning dah settle, whining dah settle, vibration dah settle. Response also very good, way better than Vios/Yaris. Kalau nak vroom pun menang myvi!! Kenapa downgrade pulak!!!

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Logic on Sep 16, 2020 at 6:42 pm

    Probably updating the logo. Thunder cat persona & iriz

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • New Iriz Crossover will equipped: Autonomous Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Lane Departure Warning (LDW), Pedal Misoperation Control, No entry sign recognition, Auto High Beam (AHB), soft leather upholstery, Blind Spot Monitor (BSM) with Rear Cross Traffic Alert (RCTA), including a 1.2L turbocharged engine and a CVT-type automatic transmission.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required