Honda Forza 750 didedah – enjin dua silinder 745 cc, transmisi DCT enam kelajuan, empat mod tunggangan

Honda Forza 750 didedah – enjin dua silinder 745 cc, transmisi DCT enam kelajuan, empat mod tunggangan

Nama Forza yang digunakan oleh Honda untuk barisan skuternya sebelum ini lebih dikenali dengan model kelas pertengahan, tetapi kini pengeluar dari Jepun itu telah memperkenalkan model baru yang menggunakan enjin lebih besar, menggantikan model Integra di dalam pasaran sebelum ini.

Forza 750 digerakkan oleh enjin dua silinder selari SOHC lapan injap berkapasiti 745 cc dan digabungkan bersama transmisi automatik DCT enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa maksimum 58 hp pada 6,750 rpm dan 69 Nm tork pada 4,750 rpm. Kuasa dihantar kepada roda belakang menggunakan sistem rantai.

Kawalan pendikit menggunakan sistem ride by wire, di mana melaluinya, penunggang disediakan dengan empat mod tunggangan iaitu Standard, Sport, Rain dan User. Dalam setiap mod ini, selain respon enjin, ia juga akan melaras tahap Honda Selectable Torque Control (HSTC), ABS dan juga maklum balas transmisi.

Dalam tiga mod awal yang dinyatakan, tahap yang digunakan sudah ditetapkan secara automatik tetapi dalam mod User, pengguna boleh menentukan tahap untuk setiap fungsi di mana untuk HSTC ada tiga tahap dan untuk DCT juga ada tiga tahap. Sekiranya mahu, HSTC boleh ditutup terus sementara untuk DCT pula, walaupun ia adalah transmisi automatik, ia turut datang dengan mod manual yang membenarkan penunggang mengawal penukaran gear melalui butang pada pemegang.

Demi memastikan skuter ini kekal tegap dan memberikan tunggangan yang mantap, ia dibina atas kerangka tubular steel diamond dan dipadankan bersama fork USD 41 mm di hadapan serta lengan ayun aluminium dan monoshock Pro Link di belakang. Rim menggunakan unit 17 inci di hadapan dan 15 inci di belakang sementara brek di kedua-dua bahagian adalah jenis cakera dengan di hadapan adalah unit cakera berkembar 310 mm berserta angkup empat piston (siap dengan ABS 2 channel).

Honda Forza 750 didedah – enjin dua silinder 745 cc, transmisi DCT enam kelajuan, empat mod tunggangan

Sebagai sebuah skuter, sudah tentu Forza 750 datang dengan pelbagai kemudahan dan ia termasuk sistem tanpa kunci, ruang barangan bawah tempat duduk 22 liter (boleh memuatkan helmet muka penuh dan mempunyai soket USB), poket kecil di bawah pemegang, semua lampu jenis LED serta penghadang angin tinggi di hadapan.

Kelengkapan dan perincian lain skuter ini dalam keadaan standard adalah panel paparan TFT 5.0 inci yang boleh disambungkan dengan Honda Smartphone Voice Control, tinggi tempat duduk 790 mm, berat keseluruhan 235 kg serta tangki bahan api 13.2 liter. Aksesori lain seperti beg barangan, pemanas tangan, pelindung kaki dan pelbagai lagi dijual sebagai pilihan tambahan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required