Lexus IS 2021 tiba di Jepun dengan versi F Sport Mode

Lexus IS 2021 tiba di Jepun dengan versi F Sport Mode

Lexus IS 2021 kini sudah tiba di Jepun. Model sedan eksekutif terbaru ini masih menggunakan asas daripada model generasi ketiga, tetapi diberikan peningkatan menyeluruh, luar, dalam dan juga kelengkapan lain di sebaliknya.

Pada bahagian luar, hampir keseluruhan rekaan yang digunakan adalah baru, termasuklah lampu yang lebih nipis dengan DRL LED berbentuk panah di atasnya, bahagian bawah gril lebih lebar, cermin belakang lebih mendatar dan fender lebih lebar.

Di belakang keadaannya lebih menarik kerana pencahayaan yang dihasilkan oleh lampu LED disambungkan di bahagian tengah dengan jalur LED yang melengkung sementara di bawah bampar terdapat kemasan seakan diffuser berwarna hitam yang besar dan dua muncung ekzos bulat. Kereta ini juga lima milimeter lebih rendah.

Lexus IS 2021 tiba di Jepun dengan versi F Sport Mode

Sementara bahagian luar banyak berubah, bahagian dalam pula tidak. Roda stereng, papan pemuka dan konsol tengah masih kelihatan sama seperti model sebelumnya. Corong pendingin hawa bulat adalah baru, bersama tempat letak cawan, skema warna dua tona, serta skrin sesentuh 10.3 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri Lexus Safety System+ pada IS baru ini juga telah dipertingkat, dengan kini dilengkapi pengesan trafik dari hadapan, pengesan penunggang basikal waktu siang dan pengesan pejalan kaki waktu malam, untuk memberi data kepada sistem brek kecemasan autonomous. Turut ditambah adalah kawalan salah guna pedal dan bantuan stereng kecemasan (membantu pemandu mengelak dengan menambah tork stereng).

Pemilik juga akan menerima Adaptive Cruise Control dengan ciri stop and go, Lane Centring Assist, Traffic Sign Recognition, Automatic High Beam, serta Emergency Stop Assist yang dapat membantu memberhentikan kenderaan dan membuat panggilan kepada khidmat kecemasan sekiranya mengesan pemandu yang tidak berupaya.

Lexus IS 2021 tiba di Jepun dengan versi F Sport Mode

Model yang dibangunkan di pusat teknikal Toyota Shimoyama ini juga mendapat beberapa perubahan di bahagian casis untuk meningkatkan ketegaran serta memperbaiki kawalannya. Lexus telah menambah titik kimpalan pada bahagian hadapan, mengoptimakan c-pillar dan struktur bumbung, serta memperkuatkan bahagian sokongan tepi radiator. Rodanya kini bersaiz 19 inci sementara suspensi juga telah diubah dengan penyerap injap berayun baru.

Model yang dilengkapi dengan pakej F Sport pula datang dengan penyerap adaptif, yang boleh mengawal kuasa serapan bergantung kepada data navigasi, serta stereng yang ditala secara khas dan tayar yang mempunyai beza lebar antara depan dan belakang.

Lexus IS 2021 tiba di Jepun dengan versi F Sport Mode

Pilihan enjin masih tidak berubah, di mana IS 300 menggunakan enjin 2.0L turbo 245 PS manakala IS350 menggunakan enjin V6 NA 3.5L 318 PS. Di Jepun, kedua-dua enjin ini dipadankan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan roda belakang. Terdapat juga versi hibrid yang menggunakan gabungan enjin 2.5L NA bersama motor elektrik untuk menghasilkan kuasa 220 PS.

Selain versi standard dan F Sport, IS juga ditawarkan dengan satu lagi versi iaitu F Sport Mode Black yang datang dengan rim BBS 19 inci berwarna hitam matte, pelindung cermin sisi hitam, kemasan dalam kelabu serta limited-slip differential Torsen.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required