BMW X3 xDrive30i G01 pasaran Malaysia kini dapat Innovation Package – kit badan M Sport, AEB, RM324k

BMW X3 xDrive30i G01 pasaran Malaysia kini dapat Innovation Package – kit badan M Sport, AEB, RM324k

BMW X3 xDrive30i M Sport 2019

Dalam diam, BMW X3 xDrive30i G01 di Malaysia telah diberikan peningkatan Innovation Package untuk menggantikan model M Sport yang dikeluarkan secara terhad sebelum ini. Melalui versi baru ini, harganya bertambah RM20,000 berbanding varian Luxury yang berharga RM304,235, iaitu menjadi RM342,235 tidak termasuk insurans serta cukai SST.

Apabila dipasang dengan Innovation Package, model ini datang dengan kit badan M Sport, yang terdiri daripada bampar hadapan, side skirt, serta kemasan pada bampar belakang, lengkung roda dan tepi pintu. Model ini juga menggunakan rim 20 inci M dua tona serta kemasan hitam pada beberapa bahagian lain seperti tepi tingkap dan sirip udara Air Breather.

Pada bahagian dalam, anda akan mendapat roda stereng M yang lebih tebal, pedal besi, kemasan brushed aluminium serta lencana M pada plet tepi pintu. Meningkatkan prestasinya, model ini dipasang dengan suspensi M Sport dan brek M Sport yang menggunakan angkup warna biru.

BMW X3 xDrive30i M Sport 2019

Barangan yang dinyatakan tadi menjadi tambahan kepada kelengkapan lain yang sama seperti model Luxury, termasuk lampu LED, Welcome Light Carpet, sistem masuk tanpa kunci, butang pemula enjin, kawalan pendingin hawa tiga zon, tempat duduk kuasa dengan fungsi memori pada bahagian pemandu, balutan kulit Vernasca, panel instrumen digital 12.3 inci, skrin sesentuh 10.25 inci, 12 pembesar suara, sistem bunyi 205 watt, kamera undur serta pintu but boleh buka tanpa sentuh.

Kedua-dua varian X3 ini juga mendapat lampu tinggi automatik serta Parking Assistant. Walaupun begitu, cuma versi Innovation Package diberikan dengan Driving Assistant yang termasuk Autonomous Emergency Braking, Lane Departure Warning, Blind Sport Monitoring, Rear Cross Traffic Alert dan Rear Collision Prevention. Varian Luxury tiada ciri-ciri keselamatan tambahan ini.

Enjin X3 xDrive30i ini masih lagi sama seperti sebelumnya, iaitu unit empat silinder petrol turbo 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa 252 PS dari 5,200 hingga 6,500 rpm, dan tork 350 Nm antara 1,450 hingga 4,800 rpm. Ia dipadankan bersama transmisi automatik ZF lapan kelajuan serta sistem pacuan semua roda, mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.3 saat.

GALERI: BMW X3 xDrive30i M Sport 2019

GALERI: BMW X3 G01 Luxury Line 2019

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required