Norton mula ambil tempahan Atlas Nomad, Ranger 650

Norton mula ambil tempahan Atlas Nomad, Ranger 650

Norton mula mengambil tempahan melalui laman web mereka untuk model Atlas Nomad 650 2021 dan Atlas Ranger 2021. Dua model ini menggunakan bentuk scrambler klasik, dan menawarkan penggunaan atas jalan biasa serta juga offroad.

Perincian motosikal ini tidak didedahkan sepenuhnya, tetapi apa yang diberitahu, ia menggunakan enjin dua silinder selari 650 cc penyejukan cecair, dengan sistem pengapian 270 darjah dan mampu menghasilkan kuasa 84 hp dan 64 Nm tork. Ada juga laporan yang menyatakan enjin ini boleh dikerah sehingga 11,000 rpm dan berat keseluruhan motosikal sekitar 180 kg.

Norton mula ambil tempahan Atlas Nomad, Ranger 650

Walaupun mempunyai bentuk seakan sama, kedua model ini mempunyai sedikit perbezaan degnan Atlas Nomad mempunyai kelengkapan yang lebih fokus kepada pemanduan atas jalan biasa sementara Atlas Ranger lebih lasak untuk offroad dengan suspensi yang lebih tinggi. Untuk roda pula, kedua-duanya menggunakan rim jenis spoked.

Kewujudan model Atlas ini sudah diketahui sejak beberapa tahun lepas namun akibat daripada syarikat yang mengalami masalah kewangan, pembangunan serta penawarannya kepada pasaran telah tertangguh sehinggalah kini apabila syarikat jenama dari United Kingdom itu telah diambil alih oleh TVS Motorcycle dari India.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required