Perodua jual 23,119 unit pada November, berada di landasan yang tepat untuk capai sasaran jualan 2020

Perodua jual 23,119 unit pada November, berada di landasan yang tepat untuk capai sasaran jualan 2020

Walau pun mencatatkan jualan bulanan tertinggi dalam sejarah penubuhannya iaitu mencecah 26,852 unit pada Oktober lalu, manakala pada September pula sebanyak 25,035 unit, namun Perodua terpaksa berpuas hati dengan rekod sebanyak 23,119 unit kenderaan yang berjaya terjual pada November 2020. Walau bagaimana pun, presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad menganggapnya sebagai “sedikit normal”.

“Walau bagaimana pun, pencapaian ini masih membanggakan dalam keadan ekonomi yang mencabar dan juga norma baharu yang disebabkan oleh COVID-19. Dengan rekod jualan sebanyak 5,027 unit sehari menunjukkan kegigihan dan kemampuan dalam menyesuaikan diri,” ujar beliau yang merujuk 5,027 unit yang terjual pada hari terakhir November iaitu Isnin lalu.

Daripada rekod jualan pada bulan lalu, ia mencatatkan sebanyak 6,295 unit bagi Myvi, 6,318 unit untuk Axia, Bezza (6,224 unit), Aruz (2,617 unit) dan Alza (1,665 unit), menjadikan jumlah keseluruhan jualan mencecah 195,000 unit buat setakat ini. Berdasarkan momentum, Perodua dilihat mampu mencapai sasaran jualan bagi tahun 2020 iaitu 210,000 unit.

“Perodua memiliki dua keutamaan buat masa ini iaitu memastikan seberapa ramai pelanggan kami mendapat kereta mereka sebelum tahun 2020 berakhir untuk menikmati harga pengecualian cukai jualan; dan untuk meningkatkan lagi ekosistem automotif Malaysia dengan skala ekonomi yang agar sukar buat masa ini.

“Lebih 90% komponen kami adalah dari sumber tempatan, dan dengan jumlah jualan kami, ia mampu meningkatkan perniagaan yang signifikan untuk pembekal komponen Malaysia dan membantu mengekalkan pekerjaan mereka. Kereta yang telah siap akan diedarkan melalui rangkaian penjualan kereta terbesar di Malaysia, dan kebanyakannya adalah terdiri daripada peniaga persendirian yang dapat banyak manfaat daripada perniagaan, lebih-lebih lagi jika mereka turut menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan baikpulih,” ujar Zainal Abidin lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required