Grab, Gojek makin hampir untuk bergabung — laporan

Grab, Gojek makin hampir untuk bergabung — laporan

Februari tahun ini, berita mula bertiup bahawa ada kemungkinan dua syarikat gergasi ride-hailing, Grab dan Gojek, akan bergabung. Kini, khabar angin itu nampaknya semakin hampir untuk menjadi kenyataan, dengan perbincangan antara kedua-duanya sedang berlangsung, lapor Bloomberg.

Bagaimanapun, segala kemungkinan masih terbuka, dan boleh saja rancangan itu tidak akan menjadi kenyataan, menurut sumber yang rapat dengan organisasi media tersebut. Pengesahan perundangan juga diperlukan untuk merealisasikan transaksi berkenaan, dan kerajaan juga mungkin mempunyai kepentingan di dalam perkembangan dua syarikat yang mewakili dua negara berbeza itu.

Sumber yang sama turut mendedahkan sudah merapatkan jurang perbezaannya berkaitan pandangan masing-masing, menjurus kepada hasil yang positif, walaupun beberapa aspek perjanjian itu masih perlu diperhalusi. Perbincangan tersebut perlu dijalankan dengan penglibatan Masayoshi Son, dari SoftBank Group yang merupakan pelabur utama dalam Grab.

Grab, Gojek makin hampir untuk bergabung — laporan

Kerangka tentang bagaimana entiti gabungan itu patut mengambil bentuk turut diperbincangkan. Menurut sumber yang sama lagi, pengasas bersama Grab, Anthony Tan akan dilantik sebagai CEO kepada gabungan itu, sementara eksekutif-eksekutif dari Gojek akan mengendalikan perniagaan baru itu di Indonesia di bawah jenama Gojek, dengan kedua-dua jenama akan diuruskan secara berasingan bagi satu tempoh masa. Bagaimanapun, masih belum ada maklum balas dari Grab, Gojek dan SoftBank tentang perkara ini.

Kedua-dua syarikat ini telah bersaing dengan sengit untuk menguasai pasaran dan telah menghabiskan banyak modal untuk itu, sementara pelabur masing-masing terus mendesak antara keduanya supaya bergabung, untuk mengurangkan perbelanjaan dan menjadi satu entiti syarikat yang kuat di rantau ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required