Volkswagen mula uji pengecas DC Wallbox 22 kW

Volkswagen mula uji pengecas DC Wallbox 22 kW

Volkswagen telah mempersembahkan konsep pengecasan baharu dalam bentuk DC Wallbox, yang berkeupayaan untuk menyalurkan kuasa pengecasan sehingga 22 kW. Produk baharu tersebut buat masa ini sedang dalam fasa ujian dengan unit itu dipasang di tapak kilang Volkswagen di Wolfsburg, Braunschweig, Hannover, Salzgitter dan Kassel untuk ujian pembangunan sebelum siri produksinya bermula.

Dengan wallbox baharu VW ini, kenderaan elektrik dengan port pengecasan boleh dicas menggunakan direct current (DC) sehingga 22 kW, di mana ia adalah sekali ganda kelajuan dengan wallbox biasa dengan alternating current (AC). Memang ada wallbox AC yang berkeupayaan mengecas sehingga 22 kW (atau lebih tinggi), tetapi ia memerlukan kenderaan yang ada pengecas onboard untuk menukarkan kuasa AC ke DC untuk bateri.

Berasaskan teknologi pengecasan pada direct current, penukaran ini dilakukan secara terus di dalam wallbox tersebut, dengan aliran elektrik disalurkan ke lead traction battery. Teknologi ini juga menyokong pengecasan dua-hala, jadi kuasanya disimpan di dalam lead traction battery yang boleh kembali ke grid, sekiranya perlu.

Buat masa ini VW belum menerangkan secara lebih lanjut mengenai perancangan untuk wallbox ini sama untuk kegunaan di kediaman atau pun hanya untuk komersil, tetapi ia membantu untuk merapatkan jurang antara pengecasan tahap dua atau tahap tiga. Di mana pengecasan tahap tiga merupakan pengecasan pantas DC yang selalunya bermula dari 50 kW sehinggalah 300 kW.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required