Mercedes-Benz GLA H247 2021 kini di M’sia — GLA 200, GLA 250 AMG Line, dari RM244k tanpa SST

Mercedes-Benz GLA H247 2021 kini di M’sia — GLA 200, GLA 250 AMG Line, dari RM244k tanpa SST

Lepas setahun dipertontonkan diperingkat global, Mercedes-Benz GLA H247 kini dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Menggunakan platform terkini yang dikenali sebagai Modular Front Architecture (MFA), SUV kompak GLA ini ditawarkan dalam dua varian seperti sebelumnya.

Dengan baki beberapa hari sahaja lagi untuk menikmati pengecualian SST, harga bagi GLA 200 Progressive Line dijual pada RM244,200 atas jalan tanpa insurans, sementara GLA 250 AMG Line pada RM285,337.

Unit yang didaftarkan selepas 31 Januari masing-masing akan menjadi RM252,888 dan RM295,888. Berbanding harga bagi model X156 sebelum ini, tanda harga ini adalah masing-masing RM8,000 dan RM21,000 lebih mahal – GLA merupakan unit CBU dari Jerman.

Sama seperti penawaran A-Class di sini, GLA juga ditawarkan dengan dua pilihan enjin. GLA 200 menggunakan enjin Renault M282 1.3 liter turbocas petrol empat-silinder, menghasilkan 163 PS pada 5,500 rpm dan 250 Nm tork dari 1,620 hingga 4,000 rpm. Digandingkan bersama transmisi klac-berkembar tujuh-kelajuan Getrag, ia mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 8.7 saat dan mencapai laju maksimum 210 km/j.

Mercedes-Benz GLA H247 2021 kini di M’sia — GLA 200, GLA 250 AMG Line, dari RM244k tanpa SST

Sementara GLA 250 pula menggunakan enjin Mercedes-Benz sendiri, M260 2.0 liter yang menghasilkan 224 PS pada 5,500 rpm dan 350 Nm antara 1,500 hingga 4,500 rpm, diganding dengan DCT lapan-kelajuan baru. Kemampuan pecutan 0-100 km/j adalah dalam masa 6.9 saat dan mencapai laju maksimum 240 km/j, dan tidak dipasangkan sistem pacuan semua roda seperti GLA 250 sebelum ini.

Lebih menarik, semua model GLA baru ini datang dengan suspensi belakang jenis four-link independent, tidak seperti A 200 yang menggunakan jenis torsion beam. Penyerap hentak pasif masih diberikan secara standard. Kedudukan GLA 250 bagaimanapun lebih rendah berbanding GLA 200. Satu kelengkapan yang kurang berbanding sebelum ini ialah brek cakera cross-drilled yang khusus untuk AMG-Line.

Walaupun GLA kekal pada posisi penawaran yang lebih kecil kepada model GLB, model barunya ini lebih daripada 10 cm lebih tinggi berbanding model lamanya — menyediakan ruang kepala dalam kabin yang lebih luas dan kedudukan memandu yang lebih tinggi, dan memberikanny imej yang lebih cenderung kepada sebuah SUV sebenar.

Mercedes-Benz GLA H247 2021 kini di M’sia — GLA 200, GLA 250 AMG Line, dari RM244k tanpa SST

Di depan, wajahnya ada watak yang jelas, dengan rekaan gril besar dan lampu utama yang luas. Kedua-dua model datang dengan rekaan bampar yang sama dengan bahagian bukaan udara yang luas dan inlet di bawah; GLA 200 bagaimanapun dilengkapi dengan chrome skid plate.

AMG Line pada GLA 250 tampil lebih agresif dengan spoiler depan yang tajam, perincian hitam berkilat dan gril trapezoidal bersama kemasan krom. Bagi rim, GLA 200 datang dengan rim asas 18-inci, sementara GLA 250 menggunakan rim 19-inci dua-tona yang serupa pada A 250.

Di bahagian sisi, Mercedes telah mengurangkan beberapa garis rekaan, menambah cermin sisi belakang dan memanjangkan pintu lebih ke bahagian bawah untuk melitupi bahagian side sills dan menjadikan keseluruhan penampilan sisi lebih kemas. Lampu belakang LED trapezoidal kini lebih kurus dan datang dengan lampu panduan bersegi. Dan, walaupun kedua-dua varian menggunakan muncung ekzos berkembar, GLA 250 mempunyai corong hiasan dan kemasan ala diffuser untuk nampak lebih sporty.

Mercedes-Benz GLA H247 2021 kini di M’sia — GLA 200, GLA 250 AMG Line, dari RM244k tanpa SST

Di dalam, GLA tampil mirip seperti MPV B-Class, meminjam rekaan papan pemuka yang sama dengan paparan skrin terapung. Seperti juga kereta kompak Mercedes-Benz yang lain, GLA baru ini menggunakan Mercedes-Benz User Experience (MBUX) terbaru dengan paparan instrumen dan infotainment 10.25-inci dengan sistem kawalan suara “Hey Mercedes”.

Walaupun model baru ini 14 mm lebih pendek, jarak antara rodanya bertambah sebanyak 30 mm, menyediakan tambahan 114 mm bagi ruang kaki di belakang dan 435 liter kapasiti ruang barangan – ini 14 liter lebih luas berbanding yang lama. Kerusi belakang dengan nisbah lipatan 40:20:40 adalah standard.

Kedua-dua varian ini dilengkapi juga dengan kerusi depan larasan elektrik dengan fungsi memori, dibalut dengan kulit buatan Artico untuk GLA 200. Bagi GLA 250, ia ditambang dengan stereng rata bahagian bawahnya, kerusi balutan Artico dan mikro gentin Dinamica, kemasan aluminium, paddle shifter dan plat dengan pencahayaan AMG. Kedua-duanya masih datang dengan kawalan pendingin hawa zon tunggal.

Kelengkapan standardnya termasuk sistem tanpa kunci, butang Push Start, bantuan parkir, kamera undur dan pintu karga operasi automatik. GLA 250 juga menerima sistem lampu suasana dengan 64-warna. Bagi keselamatan, GLA datang dengan ciri brek kecemasan autonomous, amaran bukaan pintu dan Pre-Safe, manakala GLA 250 menerima tambahan sistem tinjauan titik buta.
Mercedes-Benz GLA 200 Progressive 2020

Mercedes-Benz GLA 250 AMG Line 2020

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required