Mercedes-Benz GLA H247 didedahkan secara rasmi

Mercedes-Benz GLA H247 didedahkan secara rasmi

Mercedes-Benz GLA, Edition1, AMG Line, mountaingrau magno
Mercedes-Benz GLA, Edition1, AMG Line, mountain grey MAGNO

Hampir dua tahun selepas hatchback Mercedes-Benz A-Class W177 diperkenalkan, kini versi crossover dari platform yang sama, GLA H247 pula didedahkan secara rasmi. Model generasi kedua ini tampil dengan rupa yang lebih segar, bersama kemasan dan kelengkapan sama seperti versi hatchback.

Selain dari dua model berkenaan, platform Modular Front Architecture (MFA2) Mercedes-Benz ini juga turut menjadi asas kepada versi sedan, shooting brake (wagon) dan coupe empat-pintu (CLA) A-Class yang lain, serta MPV B-Class dan versi crossover GLB.

Dah ada GLB, kenapa mesti ada juga GLA? Menurut Mercedes-Benz, GLA adalah model yang lebih sporty dan lebih berorentasikan gaya hidup berbanding GLB. Berbanding model generasi sebelumnnya, GLA H247 ini adalah 10 mm lebih tinggi dengan ukuran 1,611 mm, membolehkan ruang kepala dihasilkan lebih luas bersama tempat duduk juga dapat ditinggikan bagi memberi pandangan luar yang lebih jelas.

Mercedes-Benz GLA H247 didedahkan secara rasmi

Mercedes-Benz GLA, Edition1, AMG Line, mountaingrau magno
Mercedes-Benz GLA, Edition1, AMG Line, mountain grey MAGNO

Model generasi baharu ini juga 30 mm lebih lebar (1,834 mm), tetapi 14 mm lebih pendek (4,410 mm). Walau bagaimanapun, jarak rodanya dihasilkan 30 mm lebih jauh (2,739 mm) membolehkan penumpang belakang menerima ruang kaki 114 mm lebih besar, manakala ruang kargo juga menerima 14 liter kapasiti tambahan kepada 435 liter.

Untuk rekaan, muka GLA baharu ini masih mengekalkan ‘iras-iras’ A-Class dengan gril hadapan besar dan elemen rekaan diamond pin dan juga lampu hadapan ‘lebih tebal’ yang boleh dipilih dengan teknologi Multibeam LED. Juntaian hadapan dan belakang kini lebih pendek, dan ruang roda sudah tentu lebih besar dari hatchback biasa bagi memuatkan rim berdiameter sehingga 20-inci.

Pada bahagian dalaman, kebanyakkan komponen nampakya GLA berkongsi banyak denga GLB, termasuk rekaan asas pada papan pemuka dan panel dalaman pintu. Jadi ia masih diberikan skrin besar untuk instrumen dan infotaimen serta liang pendingin hawa berbentuk turbin, manakala pada pintu GLA ini diberikan pemegang dengan kemasan seakan aloi.

Mercedes-Benz GLA H247 didedahkan secara rasmi

Mercedes-Benz GLA, Edition1, AMG Line, mountaingrau magno
Mercedes-Benz GLA, Edition1, AMG Line, mountain grey MAGNO

Sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dengan teknologi AI serta kawalan menggunakan suara “Hey Mercedes” juga diberikan. Untuk konfigurasi tempat duduk pula, ia hadir dengan pilihan tempat duduk belakang yang boleh dilipat sama ada 40:60 atau 40:20:20, serta boleh dilipat sehingga 14 darjah.

GLA ini turut hadir dengan mod car wash, di mana semua tingkap dan bumbung suria akan di tutup rapat dan pengelap cermin automatik akan di matikan ketika mod ini diaktifkan. Fungsi Energizing turut hadir, di mana ia akan mengawal mood dalam kabin menerusi lampu suasana 64-warna, muzik dan juga memperbaiki postur dengan menggerakkan tempat duduk.

Untuk keselamatan, crossover ini datang standard bersama sistem brek kecemasan automatik, dan pembeli boleh menambah opsyen lain seperti pakej Driving Assistance terdiri dari cruise control adaptif dengan stop & go, Bantuan Stereng Aktif, Bantuan Tukar Lorong Aktif, pengenal tanda trafik, Bantuan Stereng untuk Mengelak, Brek Kecemasan Automatik Lintasan Trafik, Pemantau Titik Buta (dengan amaran buka pintu) dan Pre-Safe Plus.

Mercedes-Benz GLA H247 didedahkan secara rasmi

Mercedes-Benz GLA, Edition1, AMG Line, mountaingrau magno
Mercedes-Benz GLA, Edition1, AMG Line, mountain grey MAGNO

Ketika pelancaran, GLA normal hanya hadir dalam versi GLA 200, dijana enjin petrol M282 1.33 liter empat-silinder turbo yang dihasilkan bersama Renault, menghasilkan 163 PS/250 Nm. Ia digandingkan dengan kotak gear klac-berkembar automatik tujuh-kelajuan dari Getrag.

Gandingan ini membolehkan Mercedes-Benz GLA 200 memecut dari 0-100 km dalam masa 8.7 saat, sebelum mencatatkan kelajuan maksima 210 km/j. Penggunaan bahan apinya pula dicatatkan antara 5.6 hingga 5.9 liter untuk seitap 100 km. berdasarkan ujian kitaran NEDC.

Ia juga turut diperkenalkan dalam versi berprestasi tinggi Mercedes-AMG GLA 35 4Matic, yang dijana enjin petrol M260 2.0 liter turbo berkuasa 306 PS/400 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik lapan-kelajuan AMG Speedshift DCT, dan kuasa dialirkan ke kesemua roda dengan sistem pacuan semua roda Mercedes 4Matic. Ini membolehkan GLA 35 memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.1 saat.

Selepas ini, GLA H247 akan ditawarkan dengan lebih banyak varian termasuk petrol dan diesel, serta versi hibrid plug-in yang akan menggunakan teknologi sama dari A 250 e dan B 250 e.

Tidak seperti model generasi sebelumnya, GLA hanya dihasilkan dalam satu versi ketinggian iaitu dengan kelegaan permukaan bumi 143 mm. Ia juga hanya hadir dengan sistem suspensi topang McPherson di hadapan dan four-link di belakang, tidak seperti A-Class dan B-Class yang memberikan sistem torsion beam di belakang untuk model-model varian lebih rendah.

Bagi sistem 4Matic pula, ia kini hadir dengan sistem klac elektromekanikal dan bukan sistem hidraulik. Ia juga menerima pakej Off-Road Engineering dengan mod pemanduan khas, serta mempunyai fungsi seperti kawalan menurun bukit, paparan off-road, dan juga mod off-road untuk lampu hadapan LED Multibeam.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required