Moto Guzzi V7 2021 dapat enjin 25% lebih berkuasa

Moto Guzzi V7 2021 dapat enjin 25% lebih berkuasa

Model naked keluaran Moto Guzzi, iaitu V7 telah diperbaharui untuk tahun 2021 dengan enjin yang lebih berkuasa serta kelengkapan lebih moden, sementara penampilannya yang ikonik masih lagi dikekalkan.

Enjin baru yang digunakan pada V7 ini sebenarnya menggunakan asas daripada enjin V85 TT, di mana ia adalah unit dua silinder V berkapasiti 850 cc, ditala untuk menghasilkan kuasa 65 hp pada 6,800 rpm dan 73 Nm tork pada 5,000 rpm, Jika dibandingkan dengan kuasa yang dihasilkan oleh enjin 744 cc pada model V7 sebelum ini, ia adalah peningkatan sebanyak 25%.

Pada bahagian penampilan, walaupun nampak seperti sama, Moto Guzzi sebenarnya telah mengubah beberapa bahagian seperti panel tepi, fender belakang (lebih pendek), ekzos, serta lampu yang kini semuanya menggunakan unit LED.

Model baru ini juga sekarang menggunakan penyerap hentak belakang Kayaba yang mempunyai jarak gerak lebih panjang, sementara tempat duduk pula menggunakan bentuk baru yang lebih selesa. Kemudiannya, pada bahagian meter, V7 dinaik taraf dengan unit digital penuh, yang diberikan pada V7 Stone sementara V7 Special masih mengggunakan tolok jenis bulat seperti sebelum ini.

V7 Stone 2021 ditawarkan dalam warna Rough Black, Ice Blue dan Copper Orange sementara V7 Special 2021 pula disediakan dalam warna Blue Formal dan Gray Casual. Bagi model V7 Stone, ia juga mendapat rim aluminium baru.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required