Petronas bakal lancar petrol baharu 19 Dis ini

Petronas bakal lancar petrol baharu 19 Dis ini

“A new power is coming”, begitulah yang tertera menerusi imej teaser ini dan apa yang difahamkan Petronas bakal melancarkan produk petrol baharu. Syarikat gas dan minyak nasional ini dijangka akan melancarkan petrol RON 97 baharu secara maya pada jam 3 petang Sabtu ini (19 Dis 2020) yang dipancarkan secara langsung menerusi laman Facebook, malah lebih banyak perincian juga bakal didedahkan.

Petrol RON 97 baharu dari Petronas ini hadir selepas lima tahun pengenalan bahan api Primax 97 Euro 4M dengan Advanced Energy Formula, yang ketika itu menggantikan bahan api Primax 97 Euro 2M. Ia juga merupakan petrol RON 97 Euro 4M yang pertama bakal ditawarkan di pasaran Malaysia, susulan tarikh pelaksanaan yang diwartakan oleh kerajaan pada 1 September 2015.

Selain bahan api, baru-baru ini operasi runcit Petronas turut menambah solusi e-pembayaran Setel yang membolehkan pelanggan membayar tanpa transaksi tunai bukan hanya untuk bahan bakar, tetapi juga dengan pembelian produk terpilih di Kedai Mesra Petronas menggunakan Setel Wallet.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required