PKP 2.0: Had penumpang bergantung pada kenderaan untuk ke sekolah, tiga orang untuk ke pusat kesihatan

PKP 2.0: Had penumpang bergantung pada kenderaan untuk ke sekolah, tiga orang untuk ke pusat kesihatan

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Melaka, Sabah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Lebih banyak protokol serta prosedur operasi standard (SOP) bagi tempoh 13 Januari hingga 26 Januari itu juga telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Berkenaan jumlah penumpang yang dibenarkan dalam kenderaan, menteri kanan pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberitahu dalam ucapan beliau hari ini bahawa hanya dua orang dari isi rumah yang sama dibenarkan membuat perjalanan untuk membeli makanan serta barangan keperluan, dan terhad dalam jarak 10 km dari tempat tinggal mereka.

Perkara ini masih lagi sama seperti yang diberitahu pada hari Isnin lalu, tetapi sedikit kelonggaran diberi untuk situasi tertentu. Bagi ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka ke sekolah ataupun tadika persendirian, had penumpang ditetapkan bergantung kepada jenis kenderaan.

Sementara itu, isi rumah yang mahu pergi ke hospital atau klinik dihadkan kepada tiga orang dalam satu kenderaan, termasuk pesakit itu sendiri. Sekiranya hospital, klinik atau farmasi itu tidak berada dalam jarak 10 km dari rumah, anda masih dibenarkan pergi ke lokasi paling hampir yang memberikan khidmat kesihatan atau ubat yang diperlukan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Abdulhadi Abdullah on Jan 20, 2021 at 10:28 pm

    assalamualaikum.saya nak tanya kalau naik motor dua orang atas sebab kerja dan ada surat kebenaran. adakah boleh kita rentas dengan naik motor dua orang?

    Like or Dislike: Thumb up 47 Thumb down 115
  • Zamani Bin Jawahir on Jan 22, 2021 at 8:03 am

    Assalamualaikum nama saya ahmad. Saya nak Tanya boleh tak saya membawa penumpang kurang dari 4 orang

    Like or Dislike: Thumb up 23 Thumb down 64
  • Ng Hean Yew on Feb 02, 2021 at 7:10 am

    Saya nak tanya kalau ayah dan anak dari satu rumah tiga orang satu kereta nak pir kerja boleh tak????(tiga orang kerja satu tempat)

    Like or Dislike: Thumb up 33 Thumb down 20
  • Rose Aida Binti Sharif on Feb 04, 2021 at 12:18 pm

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Saya ingin tanya boleh tak saya membawa penumpang 3 orang iaitu saya dan 2 anak perempuan saya dari 1 rumah ke tempat kerja (kawasan yang berdekatan). memandangkan anak-anak saya tidak mempunyai lesen memandu dan kos untuk menaiki grab agak tinggi. Keperihatinan dari pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

    Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 3
  • Mokshin Bin Nordin on Feb 08, 2021 at 8:27 pm

    Kalau pembonceng tinggal satu rumah

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 2
  • Zalila Ahmad on Feb 10, 2021 at 12:06 pm

    Bagaimana kalau ingin membawa anak pulang dari belajar di pantai timur sedangkan kami duduk di Johor…boleh ke 3 org termasuk anak memandangkan perjalanan jauh dan pemandu pun dah berusia..iaitu ayah anak tadi

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 12
  • Mohd Tajuddin Yatim on Feb 16, 2021 at 1:10 pm

    Saya hendak pergi CAC Ampang tapi tiada kenderaan terpaksa tumpang kawan yang pun nak pergi tempat yang sama. Makna dalam kenderaan sudah ada 3 orang tapi berlainan rumah.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required