PKP 2.0: Polis tidak akan berkompromi dengan kesalahan rentas negeri mulai 16 Jan ini – Ismail Sabri

PKP 2.0: Polis tidak akan berkompromi dengan kesalahan rentas negeri mulai 16 Jan ini – Ismail Sabri

Sehari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua (PKP 2.0), Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata orang ramai yang terkandas di kampung halaman atau pun destinasi percutian, dibenarkan untuk kembali ke tempat asal masing-masing dengan kebenaran tersebut diberikan hingga hari ini.

Malahan sejak PKP 2.0 dilaksanakan pada 13 Jan lalu, pihak berkuasa masih dalam ‘mood’ memberi nasihat kepada mereka yang cuba merentas negeri terutamanya di negeri yang terbabit dengan PKP.

Walau bagaimana pun, memasuki hari ke-empat PKP 2.0 iaitu pada esok, 16 Januari 2021, polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mahu merentas negeri tanpa permit kebenaran, tegas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, kompaun akan dikenakan secara terus di lapangan kepada individu yang didapati melanggar perintah ditetapkan, laporan Berita Harian.

PKP 2.0: Polis tidak akan berkompromi dengan kesalahan rentas negeri mulai 16 Jan ini – Ismail Sabri

“Bagi tempoh tiga hari pertama PKP 2.0, kita (kerajaan) masih dalam ‘mood’ memberi nasihat dan tiada tindakan dikenakan ini kerana mungkin sebahagian besar rakyat terlupa selepas kita bebas daripada PKP tahun lalu. Namun selepas esok, polis tidak akan berkompromi lagi dan akan terus mengambil tindakan,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan, pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini mempunyai bidang kuasa menahan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melanggar PKP.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan PKP dilaksanakan di enam buah negeri yang tersenarai dalam zon merah, mulai 13 hingga 26 Januari 2021. Negeri yang terbabit ialah Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor, Sabah dan Melaka.

Sepanjang tempoh yang sama, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) turut dilaksanakan iaitu melibatkan Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Sementara Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required