Mercedes-AMG GT73 bakal diperkenalkan sepenuhnya

Mercedes-AMG GT73 bakal diperkenalkan sepenuhnya

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe bakal menerima varian plug-in hybrid baharu yang dipanggil GT 73, yang telah dikesan oleh jurufoto spy sebelum ini. Kini, kita sudah pun dapat foto rasmi bagi model tersebut, yang dirakamkan bersama model One hypercar dan juga jentera racing F1 W12.

Secara visual, GT 73 nampak mirip macam model sedia ada GT 63, tetapi sebenarnya ada perbezaannya. Antaranya corong pengambilan udara tengah didatangkan dengan saluran baharu, sementara corong pengambilan udara luar yang ditempatkan pada hujung bampar hadapan kini dengan bilah bersudut berbanding melintang.

Paling penting, lencana pada fender tertera “V8 Biturbo E Performance” berbanding “V8 Biturbo 4Matic.” Label E Performance ini adalah indikator bagi Mercedes dalam menggunakan elektrifikasi untuk menyalurkan prestasi yang terbaik.

Mercedes-AMG GT73 bakal diperkenalkan sepenuhnya

Buat setakat ini, perincian mengenai mekanikalnya tidak didedahkan, tetapi GT 73 dijangka menerima penjana kuasa PHEV yang sama dengan enjin petrol 4.0 liter turbo-berkembar V8, motor elektrik dan pek bateri ringan. Larasan ini lebih kurang dengan GT Concept yang diperkenalkan pada 2017, dan model konsep itu memiliki sekitar 815 PS (805 hp) dan pecutan 0-100 km/j mampu dilakukan kurang dari tiga saat.

Sebagai pembandingan, model yang lebih berkuasa GT 63 S 4Matic+ yang masih terjual hingga kini, memiliki output sehingga 639 PS (630 hp) dan 900 Nm, tanpa bentuk yang dielektrifikasikan.

Mengenai pengecas turbo elektrik, syarikat ini berkata “ia telah diuji dalam Formula 1 di bawah kondisi yang ekstrem dan bakal digunakan untuk model produksi AMG tidak lama lagi.” Kenyataan tersebut berkaitan dengan kerjasama antara Mercedes-AMG dan Mercedes-AMG Petronas F1 Team, jadi GT 73 mungkin jentera yang dimaksudkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required