Volvo S90, V90 dan V90 Cross Country bakal dapat sistem infotaimen baru dikuasakan oleh Android OS

Volvo S90, V90 dan V90 Cross Country bakal dapat sistem infotaimen baru dikuasakan oleh Android OS

Baru-baru ini, Volvo telah mengumumkan lebih banyak model yang akan dilengkapi dengan sistem infotainmen yang dikuasakan oleh Android Automotive OS, termasuklah model S90, V90 dan V90 Cross Country 2022. Ia adalah sebahagian daripada kemaskini untuk portfolio model buatan Sweden ini, yang juga akan melibatkan perubahan kelengkapan.

Model pertama yang bakal dilengkapi dengan sistem berasaskan Android ini ialah XC40 Recharge EV, diikuti dengan XC60 yang dipertingkatkan baru-baru ini. Dengan binaan dalaman servis Google, sistem ini mensasarkan untuk memberikan pelanggan pengalaman yang sama seperti mereka menggunakan sistem Android OS menerusi telefon pintar, termasuklah bantuan digital untuk interaksi bebas-tangan serta pelbagai aplikasi untuk dalam kereta termasuk Google Maps, Google Play dan lain-lain.

Keupayaan ini digabungkan bersama dengan pengecas telefon tanpa wayar dan data yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan ke dalam pakej Perkhidmatan Digital.

Selain daripada sistem infotainmen baharu, model yang disebut ini juga akan menerima platform terkini Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), yang merupakan sistem keselamatan aktif berskala yang terdiri daripada pelbagai radar, kamera dan sensor ultrasonik.

Lain-lain perubahan melibatkan warna luaran dan pilihan upholstery termasuk pilihan dalaman bebas-kulit untuk model dalam barisan 60 Series, sama seperti XC40 Recharge EV.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required