PDRM memperketatkan lagi pemeriksaan pergerakan rentas negeri, anggota perlu lebih serius di SJR – KPN

PDRM memperketatkan lagi pemeriksaan pergerakan rentas negeri, anggota perlu lebih serius di SJR – KPN

Bermula hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan lagi pemeriksaan terhadap sebarang pergerakan rentas negeri bagi mengesan individu yang mengambil kesempatan melakukan pergerakan tanpa kebenaran.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, beliau sudah memberikan arahan tegas kepada semua pegawai dan anggota di lapangan terutama di setiap sekatan jalan raya (SJR) rentas negeri untuk memberi tumpuan terhadap kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran.

Pemeriksaan ini dibuat bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai kebenaran saja dibenarkan untuk melakukan pergerakan rentas negeri,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Beliau berkata, pada masa ini sejumlah 36,000 pegawai dan anggota polis dikerahkan untuk pemeriksaan terhadap pematuhan SOP, sekatan jalan raya dan Operasi Benteng. Sehingga kini, sebanyak 260 sekatan jalan raya diwujudkan di seluruh negara terutama di laluan keluar dan masuk setiap negeri.

PDRM memperketatkan lagi pemeriksaan pergerakan rentas negeri, anggota perlu lebih serius di SJR – KPN

Berikutan pihaknya turut menerima aduan petugas di SJR mengambil ringan tanggungjawab mereka ketika melakukan pemeriksaan dalam mengawasi pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran, beliau berkarta, semua pegawai dan anggotanya di seluruh negara diarahkan melakukan pemeriksaan secara lebih serius dan bukan hanya sekadar melambai tangan.

“Bukit Aman akan mengambil tindakan terhadap mana-mana Ketua Polis Negeri yang didapati gagal mengawal pegawai dan anggota di SJR apabila tidak melakukan pemeriksaan dan membiarkan setiap kenderaan bergerak begitu saja,” katanya lagi.

Abdul Hamid berkata, berdasarkan pemerhatiannya terdapat segelintir anggota di lapangan duduk di khemah rehat dalam SJR sehingga membiarkan kenderaan lalu begitu saja dengan melambai tangan tanpa mengambil serius keadaan semasa.

“Saya tidak mahu PDRM dipersalahkan dan tidak sanggup melihat wujud kluster rentas negeri seperti sebelum ini. Saya memperoleh maklumat SJR di Sabah dan Sarawak sangat longgar dan tindakan segera perlu diambil untuk memperketatkan tahap kawalan,” tambahnya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Kerabu Nara on Apr 28, 2021 at 10:43 pm

    Nama Aje sekatan rentas negeri…tapi ada juga org yg pandai buat alasan baru dapat panggilan kerja, padahal panggilan kerja tu dari syarikat adik beradik sendiri……just utk kelirukan polis….ni ada ura-ura osprandi buat alasan nk balik kampung atas alasan baru kena buang/berhenti kerja……utk dapatkan kebenaran pihak polis balik kampung halaman…..padahal itu cuma osperadi menipu pihak sekatan jalan …..
    Jadi diseru pada pihak polis….selidikilah betul2 alasan dan surat rentas negeri, dah buatlah record sepusat bagi sesiapa yg mohon rentas negeri……..barulah adil dan menjaga keselamatan masyarakat…..jgn nanti bila setitik habis merana org yg benar-benar nk rentas terima musibah juga.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required