Hyundai Sonata SE diperkenal – harga tak berubah, rupa lebih garang dengan pakej bernilai RM8,000

Hyundai Sonata SE diperkenal –  harga tak berubah, rupa lebih garang dengan pakej bernilai RM8,000

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telahpun memperkenalkan model istimewa yang kelihatan lebih sporty untuk Hyundai Sonata generasi ke-lapan digelar sebagai Sonata SE. Apa yang menarik, Sonata yang lebih garang dari model standard yang sudah pun kelihatan garang ini dijual pada harga sama iaitu RM189,888!

Model ini dihasilkan dalam warna merah, bersama spoiler bawah hadapan dengan jalur serlahan merah, jalur kemasan hitam di atas ‘ekor itik’ pada penutup but belakang, serta gril hadapan yang digelapkan dengan cat getah Plasti Dip. Bahagian sisi juga diberikan pelekat badan dengan grafik jalur hitam bersama tulisan “Geared for Distinction” iaitu slogan Hyundai Malaysia sendiri.

Bagi melengkapkan rupa Sonata SE ini, rim 18-inci pada model standard digantikan dengan rim 19-inci rekaan berbeza, dibaluti tayar bersaiz 245/40R19.

Hyundai Sonata SE diperkenal –  harga tak berubah, rupa lebih garang dengan pakej bernilai RM8,000

Tiada perubahan diberikan pada sistem mekanikal dan juga kelengkapan lain. Ia masih dijana oleh enjin empat silinder petrol MPI 2.5 liter Smartstream berkuasa 180 PS pada 6,000 rpm dan tork maksima 232 Nm pada 4,000 rpm, digabungkan bersama transmisi automatik enam kelajuan (berserta pedal penukar gear di stereng) untuk menghantar kuasa kepada roda hadapan.

Pada bahagian kabin, Sonata pasaran Malaysia menerima panel instrumen digital 12.3 inci, head-up display, skrin sesentuh Display Audio bersaiz lapan inci di tengah dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengawal pendingin hawa automatik dua zon, brek parkir elektronik, penukar gear jenis butang serta pengecas Qi tanpa wayar dengan fungsi penyejuk.

Ia juga menerima suis pilihan mod memandu dengan pilihan mod Smart, Comfort, Eco dan Sport. Kelengkapan lain yang turut dibekalkan termasuk bumbung panoramik, cermin pandang belakang elektrokromik, tempat duduk larasan kuasa lapan arah dengan fungsi memori, tempat duduk penumpang hadapan larasan kuasa empat arah, corong pendingin hawa belakang serta dua soket USB di hadapan dan satu di belakang.

Hyundai Sonata SE diperkenal –  harga tak berubah, rupa lebih garang dengan pakej bernilai RM8,000

Bagi sistem keselamatan pula, Sonata DN8 ini dibekalkan dengan enam beg udara, sistem brek ABS bersama EBD, ESC, Hill Start Assist dan Vehicle Stability Management. Ia juga dilengkapi dengan kamera pandangan 360 darjah serta Blind Spot Monitor yang menggunakan dua kamera di bahagian tepi untuk menghantar video kepada panel instrumen apabila lampu penunjuk arah dinyalakan.

Harga yang dinyatakan tadi adalah harga atas jalan tanpa insuran, termasuk pengecualian cukai jualan. Menurut HSDM, pakej SE yang diberikan percuma ini adalah bernilai RM8,000.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required