Temasya kemuncak kempen Honda 1 Million Dreams — meriahkan Stadium Bukit Jalil pada 27-28 Mac 2021

Temasya kemuncak kempen Honda 1 Million Dreams — meriahkan Stadium Bukit Jalil pada 27-28 Mac 2021

Tentu ramai sudah sedia maklum tentang hadiah-hadiah yang Honda Malaysia tawarkan bagi kempen 1 Million Dreams, melibatkan tujuh model kereta edisi terhad. Syarikat itu sedang meraikan penanda atas satu juta kenderaan di Malaysia sejak memulakan operasi di sini pada tahun 2001 dengan menawarkan peluang pelanggan tempatan membawa pulang satu daripada model terbabit secara percuma.

Kempen berkenaan kini hampir tiba ke kemuncaknya minggu ini, jadi anda ada beberapa hari lagi untuk merebut peluang berkenaan. Tujuh model edisi khas yang dimaksudkan terdiri daripada Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, CR-V dan Accord, semuanya versi khusus dengan penampilan dua-tona dengan warna badan Platinum White Pearl dan perincian merah serta lencana “1 Million Dreams”.

Terdapat beberapa cara untuk anda ikut serta dalam peraduan ini. Menempah dan mendaftar sebuah kenderaan baru Honda dalam tempoh kempen ini akan memberikan anda peluang terbesar untuk menang, masing-masing dengan tiga dan empat penyertaan. Dan, jika anda menggunakan aplikasi HondaTouch, semua kelayakan penyertaan itu meningkat lima kali ganda.

Selain itu, anda juga boleh memperoleh penyertaan dengan cara bermain permainan 1 Million Dreams di laman web rasmi Honda Malaysia, memandu uji kereta Honda atau menghantar kereta Honda anda untuk servis di pengedar sah. Borang penyertaan pula boleh dihantar melalui pengedar sah Honda ataupun laman web rasmi. Selain itu, hadiah-hadiah lain turut ditawarkan melibatkan kerjasama dengan Shoppee, Watsons dan Cuckoo, dengan keseluruhan habuan bernilai RM1 juta.

Kempen berkenaan akan diakhiri dengan satu acara kemuncak hujung minggu ini; Honda Malaysia akan mengumumkan pemenang bagi kempen ini bagi model Civic, Accord dan CR-V 1 Million Edition serta Jazz yang dikhususkan untuk petugas barisan hadapan. Bagi baki model, yang melibatkan kerjasama beberapa platform seperti Shoppee, Watsons dan Cuckoo, pengumuman akan dibuat pada April sebaik peraduan mereka tamat.

Temasya Kemuncak 1 Million Dreams akan berlangsung pada 27-28 Mac 2021 di Tempat Letak Kereta C, Stadium Bukit Jalil, dari 10 pagi hingga 10 malam. Banyak aktiviti menanti pengunjung, jadi luangkan masa anda untuk ikut hadir. Masuk percuma, tetapi semua pengunjung perlu mematuhi garis panduan keselatan dan SOP ketat yang dikenakan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kempen 1 Million Dreams, layari laman web rasmi Honda atau kunjungi mana-mana pengedar sah Honda seluruh negara. Pelanggan boleh juga menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

 

Add a comment

required

required