Saman dikeluarkan jika gagal pamer cukai jalan – polis

Saman dikeluarkan jika gagal pamer cukai jalan – polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan biar pun kerajaan telah mengumumkan pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) mulai 1 Februari sehingga 31 Mac ini, namun kesalahan gagal pamer lesen itu masih berkuat kuasa, laporan Bernama.

“Tidak menjadi kesalahan bagi pegawai polis terbabit mengeluarkan saman bagi kesalahan tidak pamer LKM kerana ia tidak termaktub seperti mana arahan kementerian terbabit.

“Walau pun kementerian memberikan pengecualian untuk pembaharuan LKM dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sudah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua berkenaan,” kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Kenyataan beliau bagi mengulas tindakan anggota polis yang mengeluarkan saman terhadap pemandu yang gagal mempamerkan LKM, pada 19 Mac lalu selari dengan undang-undang jalan raya. Susulan perkara tersebut, Persatuan Wakil Takaful Am Muslim (PERWATAM) mempertikaikan saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal atas kesalahan berkenaan menerusi di media sosial.

Saman dikeluarkan jika gagal pamer cukai jalan – polis

“Kami mengesahkan kejadian itu berlaku di sekatan jalan raya operasi ubah suai ekzos di Kilometer 11.9 Jalan Labohan Dagang-Nilai, Sepang, dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.45 malam, 19 Mac lalu.

“Dalam operasi itu, penunggang motosikal itu dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 20 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan gagal pamer LKM dan bukan atas kesalahan LKM tamat tempoh,” jelasnya.

Beliau menambah, semakan mendapati LKM dan insurans motosikal berkenaan masih sah tetapi lesen memandu penunggang motosikal itu tamat tempoh sah pada 26 Januari 2020.

“Dalam kes itu, hanya nasihat diberikan kepada pemandu. Ketika kejadian, tiada sebarang bukti dokumen LKM dan ‘e-cover note’ insurans ditunjukkan penunggang itu seperti didakwa PERWATAM.

“Kami berharap penjelasan ini dapat menjernihkan kekeliruan yang timbul. Saya menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi sendiri tanpa merujuk kepada pihak berwajib,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required