SPYSHOT: Peugeot 508 dan DS3 Crossback 2021 dikesan diuji di Glenmarie – sedia untuk dilancar?

SPYSHOT: Peugeot 508 dan DS3 Crossback 2021 dikesan diuji di Glenmarie – sedia untuk dilancar?

Peugeot 508 dan DS3 Crossback telah dikesan sekali lagi, kali ini dengan trade plate, sedang diuji di sekitar Glenmarie, Shah Alam. Sedan segmen-D generasi kedua ini pada mulanya direncanakan tiba pada suku kedua tahun 2019, namun ternyata tidak kesampaian.

Pada ketika itu, dimakklumkan bahawa ia bakal didatangkan dengan dua pilihan enjin 1.6 liter PureTech pengecas turbo, dengan model asas mampu menghasilkan 180 hp dan tork 250 Nm. Ia boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.9 saat dengan kelajuan maksimum cecah 230 km/j.

Manakala versi yang lebih berkuasa pula digandingkan dengan unit yang sama seperti 508 GT dengan 225 hp dan tork 300 Nm. Setakat ini varian 508 putih yang dikesan itu adalah versi asas PureTech 180, jadi belum dipastikan adalah varian GT bakal membarisi famili 508 di sini.

Varian yang telah digugurkan dari pasaran kita ialah 508 PSE. PHEV prestasi tinggi ini menerima enjin yang sama 1.6 liter PureTech, tetapi dengan padanan dua motor elektrik yang menghasilkan 360 hp dan 520 Nm. Di Jerman, harga bagi 508 PSE adalah lebih tinggi berbanding Mercedes-Benz E 300 e PHEV, lebih kurang dengan BMW 545e xDrive yang lebih berkuasa.

508 baharu turut dibangunkan dengan platform EMP2 ciptaan PSA Group, menjadikan beratnya 70 kg lebih ringan berbanding model sebelumnya. Kesemua empat pintu juga adalah tanpa bingkai, sama seperti Volkswagen Arteon dan Audi A5 Sportback.

Dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi oleh pengedar tunggal Peugeot terbaharu Berjaya Auto Alliance (BAASB). Baru-baru ini telah diumumkan “waranti 5+5 tahun” untuk kenderaan Peugeot baharu dan berjanji akan meningkatkan mutu perkhidmatan selepas jualan di sini.

Selain itu, model yang turut diperkatakan ialah DS3 Crossback. Pertama sekali, tidak jelas apakah DS3 akan membuat pasaran sulung di sini, memandangkan BAASB hanya memperoleh hak untuk menyediakan penjualan dan alat ganti sahaja.

Jika ya, dijangka ia akan dipadankan dengan enjin petrol 1.2L PureTech tiga-silinder. Di pasaran lain, enjin tersebut memilih tiga talaan – 100 PS, 130 PS dan 155 PS, dengan kuasa disalurkan sama ada ke roda hadapan atau kesemua roda menerusi tranmisi automatik lapan-kelajuan atau manual enam-kelajuan. Enjin 1.5L BlueHDi diesel juga ditawarkan (130 PS dan 100 PS)m begitu juga dengan versi E-Tense elektrik sepenuhnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required