Volvo XC40 Recharge EV 2021 di Thailand – RM345k

Volvo XC40 Recharge EV 2021 di Thailand – RM345k

Volvo XC40 Recharge T5 plug-in hybrid telah pun dilancarkan di Thailand pada November lalu, kini telah disertai oleh model elektrik sepenuhnya XC40 Recharge EV. Diimport sepenuhnya dari China, Volvo XC40 Recharge 2021 ini dijual pada harga 2,590,000 baht (RM345k) – iaitu lebih 200,000 baht (RM27k) berbanding varian Recharge T5.

EV yang telah tiba di pasaran Thailand itu diberikan kemasan tertinggi P8 AWD, dengan larasan dwi-motor (satu motor pada setiap gandar) dengan jumlah keseluruhan kuasa cecah 408 PS dan tork 660 Nm. Bagi aspek prestasi, ia boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam 4.9 saat.

Ia diberikan bateri 78 kWh lithium-ion dengan jarak anggaran lebih kurang 400 km dalam pengecasan penuh (kitaran WLTP). Pengecasan bagi bateri ini menerusi AC wallbox 11 kW tiga-fasa (menerusi sambungan Type 2) mengambil masa sekitar 7.5 jam. Manakala bagi pengecasan pantas DC hingga 150 kW juga boleh digunakan, dengan kadar cas dari sifar ke 80% yang hanya mengambil masa sekitar 40 minit.

Volvo XC40 Recharge EV 2021 di Thailand – RM345k

Kereta berasaskan CMA yang memiliki kadar berat sehingga 2,250 kg ini sebenarnnya adalah kereta elektrik produksi semasa pertama Volvo. Pek baterinya sendiri telah menambat berat antara 400-500 kg, berbanding XC40 biasa.

XC40 Recharge dipadankan dengan gril hadapan tertutup, skrip Recharge pada tiang-C, lencana spesifik model pada tailgate dan roda 19-inci yang dibaluti tayar profil 235/50. Pencahayaan LED penuh turut diberikan secara standard, dan but diberikan fungsi bukaan bebas-tangan. Juga diberikan ruang kapasiti 31 liter di hadapan dan juga 413 liter di belakang.

Untuk bahagian dalamnya, ia hampir sama dengan model standard XC40. Walau bagaimana pun, ciri unik yang diberikan untuk EV ini adalah kluster instrumen digital 12.3-inci yang diper dentingkatkan dengan paparan spesifik-model. Selain itu, ia turut diberikan paparan infotainmen berasaskan Android Automotive OS baharu, membenarkan pelanggan menikmati akses penuh bagi pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google. Ia juga disambungkan dengan platform Volvo On Call.

Volvo XC40 Recharge EV 2021 di Thailand – RM345k

Lain-lain ciri termasuk kawalan suhu automatik dwi-zon dengan Clean Zone, dalaman hitam arang dengan upholstery kulit Nubuck/Nappa, bumbung panoramik, pedal penukar gear, sistem bunyi Harmon Kardon dengan 13-pembesar suara dan amplier 600-war dan bunyi sekeliling Quantum Logic.

Untuk keselamatan, ia menerima set lengkap sistem bantuan pemandu yang merangkumi kawalan kelajuan adaptif, queue assist dengan fungsi berhenti dan keluar, brek kecemasan sendiri dengan pengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan, kepekaan trafik lintasan belakang dengan campur tangan brek dan kepekaan jarak hadapan. Ia turut diberikan Park Assist Pilot dan kamera pandangan panoramik 360 darjah.

Setiap pembelian crossover elektrik ini turut didatangkan dengan Pakej Volvo Care. Ini termasuklah waranti pengeluar selama limna-tahun, Bantuan Volvo 24-jam selama lima-yahun, waranti bateri lapan-tahun, insurans kelas pertama percuma untuk tiga-tahun, pengecas wallbox percuma dengan pemeriksaan dan pemasangan dan servis transaksi digital percuma untuk empat tahun. Terdapat tujuh warna untuk dipilih – Blue Denim Metallic, White Crystal Pearl, Green Sage Metallic, Glacier Silver Metallic, Thunder Grey Metallic, Fusion Red Metallic, dan Black Stone.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required