Litar Antarabangsa Open Road Langkawi – PKB tandatangan perjanjian dengan Open Road Asia

Litar Antarabangsa Open Road Langkawi – PKB tandatangan perjanjian dengan Open Road Asia

Minggu lalu, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor telah mengumumkan bahawa sebuah litar akan di bina di Bukit Malut, Langkawi dan kemudian sebuah syarikat swasta pula mendedahkan rancangan mereka untuk membangunkan fasiliti sukan bermotor bertaraf antarabangsa di situ.

Dan kini, secara rasmi perjanjian untuk membangunkan fasiliti berkenaan telah termeterai – projek tersebut akan dibangunkan bersama oleh Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan juga Open Road Asia dan akan digelar sebagai Open Road International Circuit & Integrated Resorts.

Perjanjian tersebut ditandatangani di Alor Star di antara pengasas dan penasihat kumpulan Open Road Dato David Goh dan CEO PKB Abdul Rahman Haji Din. Ia akan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 183 ekar menghadap laut di Bukit Malut, Pulau Langkawi dan dijadualkan di buka pada suku ketiga 2023.

Litar Antarabangsa Open Road Langkawi – PKB tandatangan perjanjian dengan Open Road Asia

Fasiliti yang dirancang tersebut bukan sahaja melibatkan pembangunan litar perlumbaan yang memenuhi piawaian FIA digelar Litar Antarabangsa Open Road (ORIC), malah ia turut akan dikelilingi oleh rumah-rumah dan juga resort bersepadu, termasuk hartanah kediaman mewah, outlet jualan jenama-jenama mewah, hotel lima-bintang, berberapa pengedar automobil yang lengkap dengan fasiliti 4S, fasiliti simpanan 900 unit kereta, stesen minyak dan restoran-restoran terkemuka dunia.

ORIC merupakan litar sepanjang 5.8 km yang memenuhi standard FIA Grade 2, FIM Grade B dan juga kelayakan CIK-FIA. Ini membolehkan mereka menjalankan perlumbaan empat roda di bawah seliaan FIA dan dua roda di bawah seliaan FIM, sekaligus membolehkan ORIC menganjurkan perlumbaan-perlumbaan berkelas dunia kecuali Formula 1.

Sebelum ini, Dato David Goh pernah menyatakan bahawa litar tersebut boleh disifatkan sebagai ‘Nurburgring Timur’, dan menerusi video yang baru sahaja disiarkan, litar tersebut akan menampilkan laluan lurus dalam litar terpanjang di Asia, selekoh ‘sereng’ seperti Caracciola-Karussell di Nurburgring (tetapi dalam kedudukan terbalik) dan juga selekoh hairpin berturut-turut dalam keadaan turun bukit.

“Ini merupakan projek integrasi ORIC, dengan nilai pembangunan kasar RM1.3 bilion dijangka akan memberikan impak peningkatan ekonomi terus yang tinggi kepada Langkawi dan negeri Kedah, dan Malaysia setelah ia siap. Dengan unjuran peningkatan kedatangan pelancong yang berbelanja tinggi dari di dalam dan luar negara, diharapkan projek ini dapat membantu mewujudkan aliran perniagaan dan peluang pekerjaan yang tidak terhad bagi orang-orang Kedah menerusi pembangunan ekonomi pulau ini,” kata Goh.

Apabila dibuka nanti, Open Road Asia mengatakan bahawa fasiliti ini akan membawa Langkawi sebagai destinasi utama sukan permotoran di Asia dengan menjadi litar ujian dan perlumbaan untuk pengeluar-pengeluar automotif besar, peminat sukan permototan dan juga pasukan lumba dari seluruh dunia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required