Geely Xingyue L perincian baru — enjin 2.0L turbo, 238 PS/350 Nm, AWD, 0-100 km/j 7.7 saat, Emerald Blue

Geely Xingyue L perincian baru — enjin 2.0L turbo, 238 PS/350 Nm, AWD, 0-100 km/j 7.7 saat, Emerald Blue

Geely terus menunjukkan gambar sedikit demi sedikit model Xingyue L yang akan dilancarkan untuk pasaran China tidak lama lagi. SUV tujuh-tempat duduk ini muncul di saluran media sosial dalam penampilan warna hero baru, Emerald Blue.

Warna ini menyerlahkan lagi reka bentuk kemas kenderaa ini, paling utama dengan garis badan lurus yang ketara, gril besar dengan jalur menegak, rekaan lampu utama yang tajam, lampu belakang dengan rekaan melintang penuh serta kemasan krom yang elegan. Turut ditunjuk dengan jelas juga ialah rim aloi besar 20-inci yang digunakan.

Tema warna yang mirip juga diteruskan ke bahagian dalaman kabinnya, termasuk pada tempat duduk, roda stereng dan papan pemuka dan nampak serasi dipadankan dengan warna emas pada kemasan papan pemuka, corong udara dan pintu. Teras utama pada ruangan ini pula terdiri daripada gabungan paparan bahagian pemandu dan penumpang yang tampil dengan kelebaran penuh.

Geely Xingyue L perincian baru — enjin 2.0L turbo, 238 PS/350 Nm, AWD, 0-100 km/j 7.7 saat, Emerald Blue

Geely juga telah mendedahkan beberapa spesifikasi bagi Xingyue L, mengesahkan bahawa SUV berkenaan akan menggunakan enjin 2.0 liter turbocas empat-silinder dari Volvo. Unit ini menghasilkan 238 PS dan 350 Nm tork, disalurkan melalui kotak gear automatik lapan-kelajuan Aisin.

Turut melengkapinya ialah sistem pacuan semua roda Haldex generasi keenam, yang boleh mengalihkan kuasa ke roda belakang dalam masa hanya 100 milisaat — 16.7% lebih pantas berbanding sistem sebelumnya. Untuk itu, Xingyue L boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat dan memberikan kadar penggunaan minyak 7.8 liter per 100 km.

Turut akan ditawarkan ialah versi yang lebih rendah kuasanya, dengan janaan 218 PS dan 325 Nm. Berbeza dengan laporan sebelum ini, enjin berkenaan akan dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan dan boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 7.9 saat dan menggunakan kurang bahan api pada kadar 6.8 liter per 100 km.

Geely Xingyue L perincian baru — enjin 2.0L turbo, 238 PS/350 Nm, AWD, 0-100 km/j 7.7 saat, Emerald Blue

Lain-lain angka yang turut didedahkan termasuk jarak berhenti dari 100-0 km/j ialah 37.4 meter serta ujian “moose test” dengan kelajuan 79 km/j. Geely mendakwa Xingyue L yang lebih berkuasa boleh memecut dengan lebih pantas, jarak berhenti lebih singkat dan mengelak hadangan pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding Volkswagen Tiguan L (Allspace), Honda CR-V atau Toyota RAV4.

Xingyue L dibina berasaskan platform Compact Modular Architecture (CMA) yang sama dengan Xingyue coupe dan Xingrui, dan diposisikan di atas Houyue yang lebih murah. Model Haoyue ini direka khusus untuk pasaran ASEAN dan mungkin menjadi model yang paling layak untuk dibawa masuk ke Malaysia sebagai penawaran Proton.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required