10 model paling kerap dicuri di M’sia untuk 2020 – Proton Wira masih nombor 1, diikuti Iswara & Hilux

10 model paling kerap dicuri di M’sia untuk 2020 – Proton Wira masih nombor 1, diikuti Iswara & Hilux

Ketika pelancaran Kempen Kesederan Awam Kecurian Kereta 2021, Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) telah mendedahkan statistik 10 kenderaan paling kerap dicuri di Malaysia untuk tahun 2020.

Sekali lagi, Proton Wira menduduki tangga pertama carta statistik ini buat kesekian kalinya. Sepanjang tahun lalu sebanyak 353 Proton Wira dilaporkan di curi, namun angka berkenaan sebenarnya telah menurun berbanding tahun 2019. Selepas Wira, satu lagi model Proton berada di tempat kedua iaitu Iswara dengan jumlah 273 unit.

Tempat ketiga pula adalah Toyota Hilux – trak pikap ini juga antara model yang berada di kelompok teratas kenderaan yang kerap dicuri saban tahun. Sepanjang tahun 2020, sebanyak 209 unit Hilux telah dilaporkan dicuri.

10 model paling kerap dicuri di M’sia untuk 2020 – Proton Wira masih nombor 1, diikuti Iswara & Hilux

Kereta paling laris di Malaysia iaitu Perodua Myvi berada di tempat keempat senarai ini dengan merekod kecurian sebanyak 131 unit sepanjang tahun lalu. Ia diikuti dengan Peordua Kancil (114 unit), Proton Saga (110 unit) dan Proton Waja (104 unit).

Tempat kelapan dan kesembilan dalam senarai 10 teratas ini merupakan model dari Honda iaitu Honda Civic (85 unit) dan Honda City (75 unit). Tahun lalu van Nissan Vanette sudah tidak masuk lagi dalam senarai, manakala tempat ke-10 diisi oleh MPV mewah Toyota iaitu Vellfire dengan rekod 60 unit telah dicuri.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan dalam negara bagi membendung penularan virus Covid-19 tahun lalu, jumlah kecurian kenderaan juga dilihat menurun. Secara purata 20 unit kenderaan telah dilaporkan hilang setiap hari sepanjang 2020, atau 37% lebih rendah berbanding 32 unit purata sehari pada 2019.

Secara keseluruhan, sejumlah 7,400 unit kes kecurian kenderaan telah dilaporkan sepanjang tahun lalu, berbanding 11,675 kes dilaporkan pada tahun 2019.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required