Mitsubishi Triton Athlete 2021 dilancarkan di M’sia — ganti varian tertinggi Adventure X, harga RM141, 500

Mitsubishi Triton Athlete 2021 dilancarkan di M’sia — ganti varian tertinggi Adventure X, harga RM141, 500

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan secara rasmi model trak pikap Triton Athlete terbaru dalam satu majlis dalam talian. Triton Athlete merupakan model flagship dan varian tertinggi bagi barisan trak pikap berkenaan, menggantikan varian Triton Adventure X sebelum ini.

Triton Athlete tampil dengan pakej estetik yang khusus dan menarik perhatian. Wajah depan Dynamic Shiled-nya terdiri daripada kemasan hitam berkilat, termasuk pada bahagian gril. Ia menggantikan bahagian dengan kemasan krom yang menghiasi model terdahulu. Di Thailand, model Athlete ini ada ejaan Mitsubishi tertulis di bawah loginya — tetapi versi Malaysia tiada perincian ini.

Tema hitam ini diteruskan juga ke bahagian sisi, melibatkan bahagian perumah cermin sisi dan pemegang pintu kini dalam warna hitam berbanding dalam warna krom bagi Adventure X sebelum ini. Begitu juga dengan pemijak sisi dan rim 18-inci; Athlete juga menerima tambahan visor pintu aero.

Mitsubishi Triton Athlete 2021 dilancarkan di M’sia — ganti varian tertinggi Adventure X, harga RM141, 500

Pelekat hiasan badan yang ada pada badannya juga kelihatan ketara, meliputi hampir separuh daripada permukaan badan trak pikap ini, termasuk pada kawasan pintu depan. Bahagian sisi ada ejaan Triton Athlete kelihatan di kawasan berdekatan lampu belakang.

Di dalam, Athlete datang dengan kemasan jahitan warna oran pada balutan sterengnya, tombol gear serta tuil brek tangan. Kerusinya pula kekal dalam warna hitam dan tidak melibatkan jahitan sama — berbeza daripada versi pasaran Thailand yang hadir lebih banyak dengan perincian oren. Alas pintunya pula datang dengan pencahayaan LED.

Ditawarkan dalam warna Sun Flare Orange Pearl seperti dalam gambar (Adventure X pertama kali menggunakan warna ini dan diperkenalkan pada November 2020), White Diamond dan Jet Black Mica, Triton Athlete dijual pada harga RM141,500 atas jalan tidak termasuk insurans. Ini RM3,600 lebih mahal berbanding Adventure X yang digantikannya.

Penawaran lain semuanya bagaimanapun kekal sama, dengan enjin yang digunakan masih unit 2.4 liter MIVEC turbodiesel dengan 181 PS dan 430 Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan dan sistem Super Select 4WD-II dengan kawalan menuruni curam.

Mitsubishi Triton Athlete 2021 dilancarkan di M’sia — ganti varian tertinggi Adventure X, harga RM141, 500

Bagi aspek keselamatan, Triton Athlete datang dengan pelbagai ciri maju yang mendahului segmennya. Ini termasuklah Forward Collision Mitigation (FCM), Blind Spot Warning dengan Lane Change Assist (BSW with LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS), Auto High Beam (AHB) dan tujuh beg udara.

Triton paling lengkap ini juga datang dengan peninjau 360-darjah (untuk parkir), dashcam dan skrin sentuh 7.0-inci dengan sokongan AppleCarPlay dan Android Auto sebagai ciri standard.

Dengan kehadiran Triton Athelete ini, barisan Triton di Malaysia kini terdiri daripada Triton Athlete, Triton AT Premium (RM121,000), Triton MT Premium (RM113,300), Triton AT (RM105,990), Triton MT (RM100,200) dan paling asas Triton Quest (RM79,890). MMM juga pernah menggunakan nama sama sebelum ini bagi penawaran versi tahun 2018.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required