Mitsubishi Triton Athlete tiba di M’sia – pelbagai ciri tambahan, sokongan Apple CarPlay, harga kekal

Mitsubishi Triton Athlete tiba di M’sia – pelbagai ciri tambahan, sokongan Apple CarPlay, harga kekal

Setelah membuat kemunculan di Thai Motor Expo November tahun lalu, trak pikap Mitsubishi Triton Athlete hari ini dilancarkan pula pada pasaran Malaysia. Namun, berbanding model pasaran Thailand yang diberikan warna badan putih, Triton Athlete versi Malaysia diberikan warna badan Black Mica dan menampilkan berberapa ciri baharu, terutamanya pada aspek kosmetik.

Untuk ciri lain, Triton Athlete Malaysia masih lagi seiras dengan penawaran pada model pasaran Thai – diberikan jalur serlahan berwarna oren bersama gril utama ‘sarang lebah’ berwarna hitam, serta panel-panel pelindung juga berwarna hitam pada ruang roda dan bampar. Kemasan hitam ini turut diberikan pada rim aloi berdiameter 17-inci, side step, penutup cermin sisi dan juga pada pembuka pintu. Pelekat jalur hitam-oren juga dipadankan pada bampar hadapan dan belakang, sports bar pada ruang kargo belakang dan juga pada sisi badan.

Mitsubishi Triton Athlete tiba di M’sia – pelbagai ciri tambahan, sokongan Apple CarPlay, harga kekal

Elemen sama turut diserapkan pada bahagian kabin di mana serlahan jahitan oren diberikan pada tempat duduk, roda stereng, tombol gear, panel pintu dan konsol tengah, manakala upholsteri kulit hitam-oren pada Triton ini turut disertakan dengan sulaman “Athlete” pada tempat duduk. Tempat duduk pemandu diberikan fungsi operasi berkuasa lapan hala manakala skrin sesentuh untuk sistem infotaimen pula kini diberikan sokongan Apple CarPlay.

Model ini sebenarnya diasaskan dari model varian tertinggi VGT Adventure X, jadi ia hadir standard dengan lampu hadapan Bi-xenon HID bersama lampu nyalaan siang (DRL), suis kawalan roda stereng, pedal penukar gear, paparan instrumen yang dipertingkat, sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin dan juga penghawa dingin automatik dua-zon.

Walau bagaimanapun, tiada perubahan mekanikal disaksikan di mana Triton Athlete masih dijana enjin 2.4 liter MIVEC Turbodiesel berkuasa 181 PS pada takat 3,500 rpm dan tork maksima 430 Nm bermula 2,500. Berbeza dengan model pasaran Thai yang diberikan pilihan sama ada manual automatik, Triton Athlete pasaran Malaysia hanya diberikan kotak gear lima kelajuan automatik, bersama sistem pacuan empat roda yang boleh dikawal dengan suis Easy Select 4WD dan Shift-on-the fly 4WD Selector.

Sistem keselamatan juga kekal sama dengan VGT Adventure X dimana versi Athlete ini hadir standard dengan tujuh-beg udara pada bahagian hadapan dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, sistem brek ABS lengkap dengan EBD, Kawalan Kestabilan Aktif dan Traction Control, Bantuan Mula Mendaki, Trailer Sway Control serta pengunci pintu pengesan-kelajuan automatik.

Dengan kesemua kelengkapan ini, Mitsubishi Triton Athlete dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM126,990, sama seperti varian Adventure X . Setiap pembelian juga hadir dengan waranti pengeluar lima-tahun/200,000 km.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required