Kalau sembang bab hobi scale model kenderaan, biasanya ramai yang akan terjun ke dunia mengumpul atau membina model plastik, atau model-model mainan yang lain. Itu pun dah cukup menarik (dan kadang-kadang boleh tahan kos yang terlibat).
Tapi, kalau banyak lagi duit dan rasa-rasa perlukan tarikan lain dalam dunia yang hampir sama, cuba tengok model Toyota 2000GT ini; ia bukan sembarangan model, tetapi diperbuat daripada emas 24 karat. Jangan main-main.
Pasaraya mewah Matsuzakaya menempah khas model unik ini daripada tukang emas SGC di Jepun sempena tahun baru 2018, dan telah mula dijual dipremis mereka di Nagoya, seperti dilaporkan oleh japanesenostalgiccar.com.
Khabarnya, selain emas 24 karat, model ini turut menggunakan perak 925 sterling pada bahagian rim dan tayarnya. Ia dibina dalam dua saiz; S yang seberat 45 gram (emas yang digunakan) dengan dimensi 10.0 × 4.0 × 2.5 cm (kurang lebih dalam skala 1:23).Yang kedua saiz M, dengan emas seberat 120 gram dengan saiz dimensi 15.3 × 4.1 × 6.0 cm atau dalam skala 1:15.
Harganya? Sekitar ¥1,296,000 (RM46,412). Mahal betul, tapi kalau tak dapat Toyota 2000GT sebenar dan masih kempunan nak simpan satu, bolehlah cuba cari model emas ini. Harga pun tak jatuh.


Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Toyota Hiace
dari RM169,000