VW ID.4 GTX diperkenalkan – 2 motor elektrik, 299 PS, 0-100 km/j dalam 6.2 saat; dari RM250k di Jerman

VW ID.4 GTX diperkenalkan – 2 motor elektrik, 299 PS, 0-100 km/j dalam 6.2 saat; dari RM250k di Jerman

Volkswagen ID.4 GTX telah pun diperkenalkan di Berlin, Jerman, mewakili barisan tertinggi SUV elektrik ID.4 oleh pengeluar kereta Jerman itu. Plat nama GTX lebih kurang sama dengan barisan kenderaan elektrik Volkswagen ID seperti mana GTI dalam barisan Golf.

Senibina modular electric drive matrix (MEB) digunakan sebagaui asas, seperti mana model biasa ID.4, dan ID.4 GTX pula menggunakan. dwi motor elektrik. Ia mampu memberikan keseluruhan kuasa mencecah 299 PS, dan setiap satu motor digandingkan dengan transmisi kelajuan-tunggal.

Kuasa disalurkan dari pek bateri 77 kWh yang menawarkan jarak hingga 480 km mengikut kitaran ujian WLTP, dan ia boleh dicas semula pada kadar sehingga 125 kW untuk tambahan kuasa 300 km dengan 30 minit pengecasan.

Bateri 77 kWh seberat 486 kg, mengandungi 12 sel dan diperbuat daripada profil aluminium, dan penyejukan-air. Bateri ini dijamin mampu mengekalkan kapasiti pengecasan sekurang-kurangnya 70% selepas lapan tahun atau 160,000 km, ujar Volkswagen.

VW ID.4 GTX diperkenalkan – 2 motor elektrik, 299 PS, 0-100 km/j dalam 6.2 saat; dari RM250k di Jerman

ID.4 GTX juga boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.2 saat (0-60 km/j dalam 3.2 saat) dan kelajuan maksimum dengan pengehad elektrikal mencecah 180 km/j. Bagi dimensi luarannya, ID.4 GTX berukuran 4,582 mm panjang, 1,852 mm lebar, 1,616 mm tinggi dan jarak roda 2,765 mm. Kapasiti tempat penyimpanan barang dari 543 liter dan mampu mencecah 1,575 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.

Ia membuatkan ID.4 GTX lebih pendek sebanyak 10 mm dan 13 mm lebih rendah berbanding model biasa ID.4. Sementara pekali seretan bagi ID.4 GTX ialah 0.29 berbanding 0.28 pada ID.4 biasa.

Seperti barisan model pembakaran dalaman yang lain, ID.4 GTX diberikan imej yang tidak kurang bergaya, termasuk lampu nyalaan siang LED dengan elemen kemasan sarang lebah, serta kluster lampu belakang yang direka semula dengan grafik lampu brek berbentuk-X. Bampar hadapan dan belakang juga diberikan rekaan semula, manakala bumbung dan spoiler bumbung diberikan kemasan hitam berkilat.

Untuk ruang dalaman GTX pula, ia diberikan kombinasi dalam warna biru gelap untuk seksyen atas papan pemuka dan juga dalaman panel pintu, sementara tempat duduk dengan kontras merah. Logo GTX terpapar pada roda stereng, kemasan ambang sisi, perehat kepala tempat duduk hadapan pula dengan material fabrik.

Ciri dalaman lain termasuklah paparan skrin sesentuh infotainmen 12-inci dan kawalan suara dengan ketersambungan dalam talian. ID.4 GTX juga diberikan pilihan paparan utama, yang boleh menggabungkan beberapa paparan terpilih dengan pandangan sekeliling.

Volkswagen ID.4 GTX bakal memasuki pasaran Eropah pada musim panas 2021, dan SUV elektrik prestasi tinggi ini dijual di Jerman pada harga bermula 50,415 euros (RM250,882) ditambah dengan geran bernilai 7,500-euro (RM37,320) jika pelanggan memohonnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required