SOP untuk sambutan Aidilfitri 2021 diumumkan

SOP untuk sambutan Aidilfitri 2021 diumumkan

Selain mengumumkan perlaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor (Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang) bermula 6 Mei sehingga 17 Mei nanti, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri turut mendedahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan digunakan di seluruh negara untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pertama sekali, solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau serta aktiviti takbir raya adalah dibenarkan di kawasan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun jumlah kehadiran adalah tertakluk pada keputusan pihak berkuasa agama Kerajaan Negeri masing-masing.

Solat sunat Aidilfitri di surau dan masjid dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) tidak dibenarkan sama sekali. Untuk takbir raya dari rumah ke rumah, ia tidak dibenarkan di semua kawasan seluruh negara. Jamuan selepas solat Hari Raya di surau dan masjid tidak dibenarkan untuk kawasan PKP dan PKPD, tetapi ia dibenarkan untuk kawasan PKPB dan PKPP (juadah digalakkan siap dibungkus untuk diedarkan kepada jemaah).

Tiada sebarang penganjuran rumah terbuka Aidilfiri dibenarkan di seluruh negara. Manakala untuk ziarah Aidilfitri, kawasan PKP tidak dibenarkan merentas daerah, hanya dibenarkan pada 1 Syawal sahaja, hanya menerima kehadiran tetamu sebanyak 15 orang pada satu-satu masa serta perlu mengamalkan penjarakan sosial.

Manakala untuk kawasan PKPB dan PKPP, ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan dari 1 hingga 3 Syawal. Untuk kawasan PKPB, tetamu hanya dibenarkan seramai 20 orang pada satu-satu masa, manakala di kawasan PKPP pula tetamu tidak dibenarkan melebihi 25 orang pada satu-satu masa. Namun jumlah-jumlah yang disebutkan ini adalah bergantung pada saiz rumah dan penjarakan fizikal perlu diamalkan setiap masa.

Untuk semua tuan rumah yang menerima kunjungan tetamu, mereka digalakkan untuk menyediakan pengimbas suhu, kod QR My Sejahtera dan juga buku pencatat kehadiran. Ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan sama sekali di kawasan PKPD, dan sambutan hanya boleh dibuat oleh ahli keluarga dalam satu rumah sahaja.

Bagi aktiviti ziarah kubur pula, ia hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP sahaja, dengan kehadiran hanya enam orang pada satu lot petak kubur, dan tidak melebihi 30 minit. Kawasan PKP dan PKPD adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk aktiviti ini.

Kemaskini: Kerajaan baru sahaja mengumumkan bahawa sebarang pergerakan rentas daerah dan negeri adalah dilarang di seluruh negara bermula 10 Mei sehingga 6 Jun 2021).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Sir, i think there is miss information here. MKN did not specify inter district travel is not allowed in PKP states. Please check as your page is coming up first for search result and may cause miss information.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required