PKP 3.0: Di seluruh negara dari 12 Mei — 3 orang satu kereta, teksi dan e-hailing; bas/tren ikut kapasiti

PKP 3.0: Di seluruh negara dari 12 Mei — 3 orang satu kereta, teksi dan e-hailing; bas/tren ikut kapasiti

Dengan situasi wabak Covid-19 di negara ini yang semakin meruncing, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021, sebuah keputusan yang dicapai selepas mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

Peraturan PKP sedia ada ketika ini akan kekal dan digunakan seperti biasa, tetapi melibatkan tiga peraturan yang dikenakan semula berkaitan kenderaan. Bermula 12 Mei, hanya tiga orang dibenarkan untuk berada dalam sebuah kenderaan (baik kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing) termasuk pemandu. Maksudnya, seorang pemandu, dan dua orang penumpang maksimum untuk satu kereta.

Bagi kenderaan yang membawa makanan dan juga kenderaan perdagangan, jumlah maksimum penumpang bergantung kepada lesen kenderaan perdagangannya. Maksudnya, tiada perubahan untuk ini. Turut kekal sama ialah peraturan untuk kenderaan pengangkutan awam, walaupun penjarakan sosial dan SOP sedia ada terus perlu dipatuhi.

PKP kali ini juga bermaksud tiada perjalanan rentas daerah atau rentas negeri dibenarkan tanpa kebenaran polis, namun ini sudah berkuatkuasa bermula hari ini seperti yang diumumkan oleh menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mei lalu. Pengeculian untuk ini bagaimanapun diberikan kepada kes-kes kecemasan, kesihatan, kerja, pasangan kelamin jarak jauh dan temujanji vaksinasi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

 

Add a comment

required

required