Dengan semua agensi pengangkutan darat di bawah Kementerian Pengangkutan ditutup untuk PKP penuh yang bermula semalan hingga 14 Jun ini, jangan lupa semua urusan berkaitan JPJ di pejabat pos juga akan digantung buat sementara waktu. Pejabat Pos bagaimanapun akan terus dibuka sebagai salah satu perkhidmatan penting sepanjang PKP ini, tetapi sebarang transaksi JPJ tidak boleh dilakukan.
Tapi jangan kalut, kerana JPJ telah mengumumkan kelonggaran bagi semua perkara seperti lesen memandu, cukai jalan atau lesen PSV/GDL yang tamat tempoh antara 1 Jun hingga 31 Julai nanti. Semua dokumen ini boleh diperbaharui nanti, bermula 1 Ogos hingga 30 September tahun ini. Sama seperti PKP sebelum ini, semua kenderaan yang tamat tempoh cukai jalan perlu mempunyai insurans yang sah. Cetak salinan insurans anda dan simpan dalam kereta sekiranya perlu.
Ingat, tak perlu perbaharui lesen atau cukai jalan sepanjang PKP penuh ini, walaupun insurans perlu ada. Saling mengingati, dan kekal selamat!
Kalau nk byar saman macam mna??
Roadtax tamat 12/5/2021…boleh renew ke Sekarang..
insuran dan cukai jalan serentak mati..jadi dimana nak beli insuran kereta..adakah pejabat insuran buka time pkp ni..??
Insurance bole beli berasingan daripada cukai jalan.
Banyak cara nk beli insurance, online pun ada.
Saya dah lulus ujian komputer 3bln lepas dan sekarang musim pkp semua ttp jadi mcm mana saya nk buat lesen L pada masa pkp sknrg ? Info please..
Assalamualaikum n Slmt pagi..roadtax kete sy dh expire 24/4/21 lg tp insuran sy dah renew sejak tarikh tu, dah puas ulang alik nk renew d pej.pos tp urusan JPJ ditangguh..bila bolih renew?Sb sy x pndai renew by online.tq
Bagi lesen memandu yang telah tamat bulan April, boleh buat pembaharuan di pejabat pos tak?
lesen motor tamat pada 27/4/21 boleh renew tak
Bila boleh buat Renew lasen blk
Saya ingin tahu bila boleh renew roadtax semula . Roadtax saya telah mati semenjak 31 May 21. Saya telah pergi ke pejabat pos tetapi diberitahu yang urusan jpj tidak di benarkan waktu pkp dan tidak boleh memperbaharui roadtax . Saya telah beli insuranse sebelum 31 May 21 tetapi sehingga kini tidak dapat memperbaharui lesen. Boleh saya tahu bila kounter pejabat pos akan dibuka semula untuk memperbaharui cukai jalan kereta. Sampai bila baru saya boleh renew roadtax. Sila bagi pencerahan kepada saya berkenaan issue roadtax ini.
Salam..saya nk renew lesen…buat my e.g…buat my sikap…tp tak boleh ..tiada maklumat bergambar…ape perlu saya buat…
Salam..saya nk renew lesen…buat my e.g…buat my sikap…tp tak boleh ..tiada maklumat bergambar…ape perlu saya buat…
Saya dah lulus ujian komputer 3bln lepas dan sekarang musim pkp semua ttp jadi mcm mana saya nk buat lesen L pada masa pkp sknrg ? Info please..