PKP 3.0: SJR di S’gor, KL akan dipertingkatkan – KDN

PKP 3.0: SJR di S’gor, KL akan dipertingkatkan – KDN

Walau pun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Penuh Fasa Pertama telah pun bermula sejak 1 Jun lalu, namun di sesetengan kawasan terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur, bilangan kenderaan yang berada di jalan raya masih tidak berkurangan.

Itulah yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang berkata, susulan perkara tersebut, pemantauan dan bilangan sekatan jalan raya (SJR) khususnya di kedua-dua negeri terbabit akan dipertingkatkan mulai hari ini, laporan Bernama.

“Jumlah SJR yang diadakan mungkin melebihi 1,000 pada setiap hari, berbanding 930 SJR dan Ops Benteng yang ada sekarang. Kita sudah membawa perkara ini dalam perbincangan dan memutuskan SJR serta pemantauan di seluruh negara akan dipertingkatkan mulai hari ini,” ujarnya.

Beliau juga mengakui masih belum berpuas hati dalam perkara itu selepas pemantauan dilakukannya sendiri semalam, meskipun sekatan pergerakan penuh sudah berlangsung sejak Selasa lalu.

“Semalam saja sebanyak 930 SJR dan Ops Benteng dijalankan di seluruh negara dan kita akan pertingkatkan lagi di lokasi yang masih banyak jumlah kereta berdasarkan statistik diperoleh dua hari pertama sekatan pergerakan penuh berlangsung. Ia mungkin melebihi jumlah 1,000 sekatan pada setiap hari,” katanya.

Hamzah berkata, keputusan itu dilakukan hasil perbincangan dengan Ketua Polis Negara dan dua negeri iaitu Selangor serta Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required