Geely Vision Starburst – hala tuju rekaan masa depan

Geely Vision Starburst – hala tuju rekaan masa depan

Ini adalah Geely Vision Starburst, sebuah model konsep untuk menunjukkan visi rekaan “baru dan ekspresi alternatif” syarikat, bagi menggantikan ‘Expanding Cosmos’. Ia dihasilkan oleh Pusat Rekaan Geely Shanghai dan akan menjadi petunjuk kepada rekaan model masa hadapan Geely.

“Falsafah rekaan Expanding Cosmos menjadi inspirasi berterusan kepada pereka kami untuk meneroka konsep rekaan baru yang dapat memuaskan pelbagai jenis pelanggan. Seperti kelahiran satu bintang baru, idea daripada pasukan pereka global kami digabungkan, bersatu dan meledak, menghasilkan satu ekspresi rekaan baru, visi baru, Vision Starburst,” kata timbalan presiden Geely Design Shanghai, Guy Burgoyne.

Inspirasi Vision Starburst datang daripada fenomena di mana nebula dan elemen lain bergabung dan akhirnya meletus menjadi bintang baru. Setiap konsep rekaan adalah hasil daripada kombinasi, penyatuan dan letusan pelbagai idea menjadi sebuah produk bintang baru yang memperkayakan pasaran, kata Geely.

Geely Vision Starburst – hala tuju rekaan masa depan

Pada Vision Starburst, pereka di Geely Shanghai mencipta satu perpaduan antara bahagian luar dan dalam, warna dan bahan, serta kereta dan pengguna. Dalam bentuk rekaan konsep pula, tenaga yang meletus dan tekanan berterusan menghasilkan profail bergulung dengan permukaan melengkung yang nampak seperti berputar dan ditarik. Perincian ini juga mendapat inspirasi daripada sinaran dan gelombang bintang.

Bahagian paling menyerlah secara visual pada Vision Starburst ini adalah di hadapan. Bentuk grilnya telah berubah secara dramatik berbanding rekaan biasa Geely dan begitu juga dengan muka hadapan secara keseluruhan. Corak parabolik baru Vision Starburst, bersama gabungan rekaan lampu baru menghasilkan kesan yang menggambarkan tema tenaga terlepas daripada letusan penghasilan bintang.

Masuk ke dalam, panel pintu direka untuk memadankannya dengan karekter di luar. Jalur lampu “Cosmic Ray” menguatkan lagi konsep rekaan ini, dan bukan setakat panel pintu serta papan pemuka yang menyala, tombol gear yang terletak di atas konsol tengah terapung juga mempunyai nyalaan sendiri.

Misi untuk mempamerkan teknologi maju telah diterapkan kepada lengkuk roda yang enyala. Kesan nyalaan yang berbeza akan digunakan untuk menggambarkan keadaan Vision Starburst yang berbeza seperti sedang dicas, sedang bergerak atau statik. Ini juga berlaku di dalam, di mana bunyi dan suasananya boleh berubah, sekaligus memberitahu pengguna keadaan semasa kereta.

Sekali lagi, Vision Starburst ini cuma adalah satu petunjuk hala tuju rekaan baru Geely. Menurut Geely, model konsep itu sendiri mungkin tidak akan dibuat sebagai kereta produksi, tetapi banyak aspek rekaan baru padanya akan digunakan pada model yang akan dipasarkan pada masa hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required