Opel Astra 2022 muncul dalam imej teaser rasmi; hatch dan wagon 5-pintu, produksi bermula tahun ini

Opel Astra 2022 muncul dalam imej teaser rasmi; hatch dan wagon 5-pintu, produksi bermula tahun ini

Opel telah mengeluarkan beberapa imej teaser bagi Astra generasi akan datang, yang pertama kali daripada model berkenaan yang akan dielektrifikasikan.

Rekaan baharu dipertaruhkan untuk generasi akan datang dengan membawakan garisan yang lebih tajam, berbanding generasi semasa yang diperkenalkan tujuh tahun lalu. Kini, reka bentuknya yang lebih bersudut, dengan serlahan lampu nyalaan siang LED berbentuk-L pada lampu hadapan; dan konsep ini turut digunapakai oleh Vauxhall Mokka 2021.

Penggayaan yang bersudut juga turut digunakan pada ruang dalaman Astra, dengan bentangan paparan dwi cermin hadapan dipanggil sebagai Pure Panel bagi fungsi instrumentasi pemandu dan juga infotainmen, dengan perumah panel berkilat yang berlekuk di tengah untuk memisahkan dua skrin tersebut.

Menerusi imej teaser ini, perincian dalaman turut didedahkan sedikit, termasuk dengan ciri upholstery kulit pada papan pemuka bahagian penumpang hadapan dan ke bahagian skrin infotainmen. Turut didedahkanialah roda stereng pelbagai-fungsi dengan jahitan kontras kuning. Tempat duduk hadapan juga dalam upholstery hitam, termasuk menampilkan kemasan perak dan jahitan kontras.

Sebagai sebahagian daripada kumpulan Stellantis, elektrifikasi bagi Astra yang akan datang ini turut menyaksikan penggunaan penjana kuasa yang turut ditawarkan pada Peugeot 308 2021. Jenama Perancis ini menawarkan penjana kuasa PHEV dalam dua output , termasuklah motor elektrik 110 PS yang dipadankan dengan enjin 1.6 liter pengecas turbo empat-silinder dengan kuasa sama ada 150 PS/250 Nm atau 180 PS.

Menurut Opel, produksi bagi Astra baharu ini bakal dilaksanakan di kilang Rüsselsheim pada tahun ini, dan ia bakal menawarkan dua bentuk badan iaitu hatchback dan Sports Tourer station wagon lima-pintu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required