Lynk & Co 09 didedah sepenuhnya – SUV mewah dengan asas dari Volvo XC90, kelengkapan premium

Lynk & Co 09 didedah sepenuhnya – SUV mewah dengan asas dari Volvo XC90, kelengkapan premium

Pada bulan April lalu, Lynk & Co telah menyiarkan gambar rasmi pertama bagi 09, iaitu SUV mewah yang menggunakan platform Scalable Premium Architecture (SPA) daripada Volvo. Geely yang sebelum ini boleh dikatakan sebagai jenama untuk remaja, sekarang telah mendedahkan secara penuh model kelas atasan mereka berserta gambar yang telah bocor sebelum ini.

Seperti yang boleh dilihat, 09 menggunakan rekaan yang luar dari kebiasaan bagi Lynk & Co. Lampu hadapan jenis bertingkat terus digunakan (kini dengan teknologi LED matriks yang mempunyai lebih 84 diode), bersama gril besar dengan jalur menegak serta kemasan krom melintang panjang di atasnya.

Bukaan udara di tepi juga adalah lebih besar dan memberikan rupa yang lebih agresif kepada kenderaan ini. Seperti model lain Lynk & Co, 09 ini juga mempunyai kemasan krom atas garis tingkap tepi dari A-pillar hinggalah spoiler belakang, serta D-pillar yang dihitamkan untuk memberi imej bumbung yang seperti terapung.

Lynk & Co 09 didedah sepenuhnya – SUV mewah dengan asas dari Volvo XC90, kelengkapan premium

Rekaan ini kemudiannya ditambah lagi dengan salur udara (hiasan) ala Range Rover pada bahagian tepi pintu, serta jalur krom halus di bahagian bawah yang menyambungkan bampar hadapan, skirt tepi dan bampar belakang. Bahagian belakang mempunyai diffuser sporty dengan empat muncung ekzos, serta lampu dengan grafik berbentuk Y dikatakan mendapat inspirasi daripada sayap burung camar.

Rekaan mewah ini diteruskan ke bahagian dalam, di mana 09 mempunyai corong pendingin hawa berbentuk garis melintang panjang, serta konsol tengah tinggi yang menempatkan tombol gear serta skrin yang besar untuk sistem infotainmen. Menurut Lynk & Co, 09 mempunyai tidak kurang daripada enam skrin (termasuk head-up display) yang mana semuanya berhubung antara satu sama lain.

Tempat duduk nampak begitu selesa bersama penyandar besar yang bersambung sekali, sementara pada papan pemuka dan panel pintu terdapat corak unik seperti batu granit. Di bahagian belakang, tingkap datang sekali dengan pelindung cahaya dan melalui gambar yang ada, kita boleh menjangka 09 ini datang dengan sekurang-kurangnya enam tempat duduk.

Kelengkapan lain tidak dinyatakan secara jelas, tetapi Lynk & Co ada mengesahkan yang 09 akan datang dengan sistem penyegar udara binaan dalam serta sistem bunyi 14 pembesar suara Bose. Mereka juga mendakwa bahawa platform SPA ini akan memberi perlindungan perlanggaran yang lebih baik, enjin lebih berkuasa dan kurang bunyi, serta NVH yang lebih baik.

Secara logiknya, platform SPA ini akan memberikan Lynk & Co akses kepada enjin empat silinder turbo 2.0 liter Volvo, serta kotak gear automatik lapan kelajuan Aisin, yang boleh didapati dengan varian hibrid ringkas, hibrid penuh dan plug-in hybrid. Kuasa boleh menjadi antara 252 PS hingga 431 PS, dengan 177 PS lagi datang daripada motor elektrik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required