AirAsia beli perniagaan Gojek di Thailand dengan nilai RM209 juta, penjenamaan semula bermula bulan depan

AirAsia beli perniagaan Gojek di Thailand dengan nilai RM209 juta, penjenamaan semula bermula bulan depan

Pengambil alihan perniagaan Gojek di Thailand oleh AirAsia telah selesai. Saham yang dipersetujui melibatkan nilai US$50 juta (RM208.8 juta), dan ia akan membolehkan AisAsia unutk mengembangkan perkhidmatannya kepada ride-hailing, penghantaran dan yang berkaitan di negara itu tanpa perlu bermula dari bawah.

Perjanjian saham itu bakal menyaksikan Gojek menerima 4.76% saham dalam SuperApp AirAsia, satu daripada tiga perniagaan digital utama oleh AirAsia Digital, sayap perniagaan selain penerbangan syarikat itu. Dengan penyerahan operasi perniagaan mereka di Thailand, syarikat Indonesia itu akan menumpukan pengembangan perniagaan mereka di Vietnam dan Singapura.

Menurut CEO kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, seperti dilaporkan oleh Bangkok Post, perbincangan antara kedua belah pihak yang bermula dua bulan lalu telah selesai baru-baru ini. Beliau menjelaskan, ketika AirAsia didekati oleh Gojek, beliau melihat langkah itu sebagai satu peluang yang betul untuk memanfaatkan kepakaran Gojek dan menggabungkannya dengan sebuah jenama yang lebih kuat seperti AirAsia dan mengembangkan perkhidmatan mereka kepada perniagaan perkhidmatan penghantaran dan berkaitan.

AirAsia beli perniagaan Gojek di Thailand dengan nilai RM209 juta, penjenamaan semula bermula bulan depan

Penjenamaan semula dari GoFood Gojek kepada AirAsia Food akan berlangsung bulan depan. “Di bawah perjanjian dengan Gojek ini, kami juga mendapatkan lesen untuk mengoperasikan perkhidmatan penghantaran ini di Thailand melalui GoPay, satu lagi pengembangan yang kami intai di negara ini,” ujar Tony. Jenama BigPay akan digunakan selepas lesen yang diperlukan daripada Bank of Thailand telah diperolehi, dan jangkaannya adalah pad suku pertama 2022.

AirAsia mensasarkan untuk menjana keuntungan bagi perniagaan itu dalam tempoh satu tahun melalui mengembangan yang melangkaui Bangkok, bermula dengan tiga daerah utama pada suku keempat tahun ini. Phuket, Chiang Mai dan Hatyai adalah tiga lokasi yang sudah ada kehadiran AirAsia. AirAsia juga mempunyai kelebihan dari sudut jumlah data pelanggan yang lebih besar hasil daripada penjualan tiket kapal terbang sejak 17 tahun lalu.

Dalam perniagaan penghantaran makanan, GrabFood menjadi pendahulu pasaran dengan menguasai 50% dari pasaran Thailand dengan nilai US$2.8 bilion (RM11.64 bilion) pada 2020. Di tempat kedua ialah Foodpanda dan Line dengan masing-masing menguasai 23% dan 20% pegangan. GoFood Gojek pula memiliki 7% pasaran Thailand. Selain AirAsia, gergasi e-dagang Shopee juga turut berminat untuk memasuki pasaran penghantaran makanan di Thailand.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required